PETUA UNTUK SENANG SEBAGAI USAHAWAN SIBER


Salam Sejahtera dan selamat datang ke laman blog http://perniagaansiber.blogspot.com izinkan saya menjadi COACH anda dalam perjalanan anda menjadi USAHAWAN SIBER.

SEDIKIT MENGENAI SAYA
Saya merupakan seorang Pensyarah Kanan di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
Saya mempunyai lebih 26 tahun pengalaman Kerja termasuk 10 tahun menjadi Pensyarah. Kini berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan di University Tunku Abdul Rahman (UTAR)
Skop kepakaran saya lebih menjurus kepada Usahawan Siber/ Usahawan Internet.
Perkhidmatan COACHING saya tawarkan bertujuan untuk mengembangkan hasil dari kerja-kerja penyelidikan dalam Perniagaan Siber yang saya telah lakukan.
Saya akan kongsikan lubuk-lubuk rahsia di internet dan teknik serta strategi untuk menjalankan perniagaan di ruang siber. Untuk Berjaya anda hanya perlukan LUCK + HARD WORK + RIGHT ATTITUDE = SUCCESSFUL USAWAN SIBER.

Anda tentukan sendiri apa yang anda mahu. Untuk meledakkan potensi anda, saya juga menawarkan perkhidmatan RESET MINDA USAHAWAN DAN LEDAKKAN POTENSI DIRI.

Tuesday 12 February 2013

Hari ke 27 Siri Coach Usahawan Siber dari 0 hingga Menjadi usahawan siber Selasa 12/2/2013 17:00


Hari ke 27 Siri Coach Usahawan Siber dari 0 hingga Menjadi usahawan siber
Selasa 12/2/2013 17:00

Salam semua kita jumpa sekali lagi untuk membincangkan teknik menjual di ruang siber. Dalam tulisan sebelum ini, kita telah membincangkan mengenai teknik Hard Selling, berikut ini saya ingin bincangkan apa itu Teknik Soft selling.

Soft selling boleh dikategorikan sebagai satu teknik pengiklanan yang menekankan lebih kepada  Kebaikan produk. Ia akan lebih memberi penekanan kepada kebaikan produk kepada pengguna. Iklan sebegini biasanya di sokong dan pelbagai testimoni pengguna yang biasanya menyokong, dan selalu membuat kenyataan yang menunjukkan kelebihan produk tersebut, mendidik pembaca tentang produk, testimoni dan sebagainya.
Iklan sebegini juga lebih berbentuk santai, mendidik iklan sebegini menekankan kebaikan kepada pengguna secara berterusan. Iklan sebegini juga banyak menggunakan selebriti sebagai ikon dalam memasarkan produk. Harga produk memang dinyatakan di dalam iklan, tertapi tidak diberikan perhatian khusus, sebaliknya kelebihan produk yang diberi keutamaan. Kita lihak iklan Jus Tok Guru sebagai contoh.


Seterusnya Apa itu Force selling. Teknik force selling biasanya lebih menggunakan aktiviti promosi dalam menjual produk. Iklan biasanya menggunakan kombinasi hardselling dan Soft selling. Disamping menyatakan maklumat-maklumat dan mempromosi dalam menjual produk, ia juga menawarkan potongan harga dan biasanya menekankan tempoh masa tertentu untuk memberi tekanan kepada pembaca agar bertindak segera untuk membeli agar tidak terlepas peluang.

Biasanya penjual menggunakan tawaran harga seperti “ …dapatkan sekarang. Harga Biasa RM 300. Sekarang dapatkan dengan Tawaran harga HANYA!!!, RM 100.”

Contoh lain “….tawaran dibuka hanya 7 Hari sahaja. Tempah sekarang sebelum harga kembali ke RM 300. Jangan salahkan ibu mengandung jika anda terlepas peluang untuk mendapatkan produk ini dengan harga istimewa..

Sekian tiga siri tulisan membincangkan tiga teknik menjual di ruang siber. Semuga  ianya memberikan sedikit ilmu dan akan memenafaatkan anda dalam melibatkan diri dalam perniagaan siber. Selain dari tiga teknik yang dibincangkan ini, anda boleh gunakan teknik-teknik gila-gila lain yang mungkin boleh memberikan impak maksima kepada anda. Sekian kita jumpa lagi besok dalam siri coach perniagaan siber untuk hari ke 28.
MAKLUMAN PENTING: Saya sedang menyiapkan ebuku bertajuk: PERNIAGAAN SIBER KINI SEMUA ORANG MAMPU BUAT DUIT LEBIH DENGAN 9 DIMENSI PERNIAGAAN SIBER- Panduan Ringkas + Membantu Kita Membuat Keputusan Yang Akan mengubah Nasib Kita. Saya bercadangkan untuk memberikan Ebuku tersebut secara percuma kepada rakan-rakan yang berdaftar di www.facebook.com/perniagaansiberbiz dan www.perniagaansiber.blogspot.com
Untuk tidak ketinggalan tulisan di blog ini sila follow blog ini dan kemudian daftar diruang Join this site. 

No comments:

Post a Comment