PETUA UNTUK SENANG SEBAGAI USAHAWAN SIBER


Salam Sejahtera dan selamat datang ke laman blog http://perniagaansiber.blogspot.com izinkan saya menjadi COACH anda dalam perjalanan anda menjadi USAHAWAN SIBER.

SEDIKIT MENGENAI SAYA
Saya merupakan seorang Pensyarah Kanan di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
Saya mempunyai lebih 26 tahun pengalaman Kerja termasuk 10 tahun menjadi Pensyarah. Kini berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan di University Tunku Abdul Rahman (UTAR)
Skop kepakaran saya lebih menjurus kepada Usahawan Siber/ Usahawan Internet.
Perkhidmatan COACHING saya tawarkan bertujuan untuk mengembangkan hasil dari kerja-kerja penyelidikan dalam Perniagaan Siber yang saya telah lakukan.
Saya akan kongsikan lubuk-lubuk rahsia di internet dan teknik serta strategi untuk menjalankan perniagaan di ruang siber. Untuk Berjaya anda hanya perlukan LUCK + HARD WORK + RIGHT ATTITUDE = SUCCESSFUL USAWAN SIBER.

Anda tentukan sendiri apa yang anda mahu. Untuk meledakkan potensi anda, saya juga menawarkan perkhidmatan RESET MINDA USAHAWAN DAN LEDAKKAN POTENSI DIRI.

Monday, 18 February 2013

PENDAHULUAN


PENDAHULUAN
Salam Semua,  kita baru sahaja menamatkan sesi coaching 30 hari dari 0 hingga menjadi usahawan siber. Tertapi saya maklum bahawa  sebahagian pembaca blog ini baru sahaja menemui  dan mula mengikuti terbitan-terbitan di blog ini. Untuk seminggu ini saya telah mengolah dan menyusun semula tulisan-tulisan lepas  dan mengolahnya semula untuk disiarkan dalam 15 siaran.  Iaitu tiga terbitan sehari. Di hari jumaat saya akan umumkan  maklumat bagaimana untuk mendapatkan ebook melalui ruangan ini. Sila ikuti tulisan ini seterusnya. selama


Bukan senang Untuk Senang. Kita boleh memberi 1001 alasan untuk tidak memulakan langkah pertama menuju puncak Everest. Tertapi percayalah mereka yang telah melakukannya 10 langkah, 100 langkah, 1000 langkah atau 1,000,000 langkah menuju puncak Everest, masing-masing akan datang dengan kesah dan pengalaman yang berbeza.


Begitulah juga langkah pertama untuk menjadi usahawan siber. Kita boleh memberi 1001 alasan untuk tidak memulakannya, tertapi mereka-mereka yang telah menceburinya, pasti akan datang dengan kesah yang berbeza. Biarpun pahit mahupun manis. Biarpun kesah kejayaan mahupun kesah kegagalan. (kegagalan dalam erti kata belum berjumpa dengan kejayaan).

Fikirkan apayang anda mahukan dalam hidup. Seseorang yang bergaji RM 1,000, akan mula bermimpi untuk memiliki gaji RM 2,000. Bila sudah memiliki gaji RM 2,000, mereka akan mula memasang angan-angan untuk memiliki gaji RM 3,000 dan seterusnya….seterusnya dan seterusnya hingga infiniti.

Itulah hakikat kita sebagai manusia. Sentiasa tidak cukup dengan apa yang diperolehi. Oleh itu perlulah kita menyediakan paying sebelum hujan. Jadikan aktiviti usahawan siber sebagai aktiviti sambilan (sekurang-kurangnya untuk peringkat awal).

Jika mahu boleh saja anda gunakan perniagaan siber sebagai aktiviti utama anda. Tiada sesiapa yang menghalang. Ramai usahawan yang sudah menjadi usahawan siber dan menikmati pendapatan antara 4 hingga 5 angka setiap bulan.

Untuk yang masih ragu-ragu untuk melibatkan diri sebagai usahawan siber, jadikan aktiviti perniagaan siber sebagai suatu kerjaya dan dalam waktu yang sama jadikan ia sebagai suatu aktiviti riadah siber untuk mengasah bakat berniaga di ruang siber.

Ingat belum tentu langit akan selalu cerah, tiada siapa berani membuat jaminan bahawa kerjaya dan jawatan yang disandang akan kekal disandang sehingga bersara. Fikirkan, apa yang anda akan lakukan jika anda tiba-tiba kehilangan segala-galanya. Nama baik anda, kerjaya yang anda bina. Reputasi dan kemahsyuran yang telah anda bina. Hilang tiba-tiba kerana krisis kewangan Negara (Putarannya dalam setiap 8-15 tahun). Apa yang tinggal pada anda hanyalah sedikit ilmu dalam pengurusan atau apa sahaja yang berkaitan dengan kemahiran yang telah kita bina.

Apa tindakan anda bila melihat bil-bil yang bertapuk di atas meja. Pembekal serta pemiutang berterusan menekan anda dan mendesak anda agar segera membayar hutang yang tertunggak.
Anda TERPAKSA membuat keputusan dalam keadaan tersepit. Dalam keadaan tertekan anda membuat keputusan untuk menceburi bidang perniagaan. Tapi INGAT!!!!! Anda kini tiada apa-apa. Lupakan gaya hidup lampau anda. Tunduk kan diri dan bermuahasabahlah. Anda kini hanyalah seorang USAHAWAN SIBER baru (Newbie). Di ruang siber usahawan siber dikenali sebagai “Newbie”. Istilah ini digunapakai secara meluas dikalangan usahawan siber. Tiada rekod menunjukkan siapa yang memperkenalkan istilah ini atau sejak bila istilah ini digunakan. 

No comments:

Post a Comment