Bagaimana
untuk memasarkan Produk Anda.
Langkah
pertama untuk memasarkan produk sendiri adalah dengan menghasilkan “Signature
line” (ayat-ayat power untuk menarik perhatian). Dalam bahasa mudahnya dikenali
sebagai “Unique Selling Propotion” (USP). Anda teliti contoh ayat-ayat pawer
yang sedia ada di pasaran dan kemudian saring dan pilih faedah dan kelebihan
yang terdapat pada produk yang anda ingin tawarkan.
Ingat ya,
ayat-ayat power yang anda rujuk, telah berada dalam pasaran dan ianya telah
diuji.
Setelah
kita siapkan “Sale letter” surat jualan, kita tidak boleh edarkan atau letakkan
diruang siber sebegitu sahaja kerana tujuan sale letter adalah untuk memikat
bakal pelanggan dengan pandangan pertama. Bakal pelanggan yang singgah di laman
anda akan teruja dan terpengaruh dengan ayat-ayat power anda.
Langkah
seterusnya adalah mengajak mereka supaya mendaftar dengan anda dan memberikan
email mereka supaya mereka boleh menikmati bahan-bahan percuma dari anda.
Aktiviti sebegini merupakan aktiviti utama di dalam pemasaran email “Email
marketing”.
Untuk
menghubungi mereka yang telah mendaftar dengan anda secara sukarela, anda boleh
gunakan “autoresponder”. Jika anda ingin memulakan perniagaan dengan modal
kosong, anda dicadangkan gunakan system affiliate. Buat duit dahulu untuk
kumpul modal. Bila sudah ada modal barulah anda gunakan perkhidmatan percuma
seperti www.getresponse.com, www.sendfree.com, www.responder.com, www.listwire.com dan
lain-lain lagi perkhidmatan berbayar. Tiada apapun yang percuma. Cuma bezanya
antara satu penyedia perkhidmatan yang lain dengan yang lain adalah dari segi
tempoh masa menikmati perkhidmatan percuma, itupun setelah anda mendaftar
dengan mereka.
Bagaimana Untuk
Melihat Laporan Prestasi Banner.
Apa hasil banner yang
kita letakkan di sesuatu laman web. Kita pasti ingin tahu samaada iklan baner
memberikan hasil yang diharapkan samaada positif atau sebaliknya.
Aktiviti promosi banner
di internet boleh kita kesan “track” prestasinya. Kita boleh tahu berapa ramai
yang melawat laman yang menempatkan iklan banner kita. Bukan itu sahaja. Kita
boleh juga tahu berapa ramai orang yang
klik iklan baner kita.
Antara “impression” dan
“click through”
Impression adalah merujuk
kepada bilangan orang yang melawat laman web yang memaparkan iklan banner kita.
Walaupun pengunjung mungkin tidak memerhatikan iklan banner kita, tertapi
paparan web sudah cukup untuk mengandaikan pelawat telah menatap iklan banner
tersebut.
Click through pula
merujuk kepada keadaan yang mengambil kira berapa orang yang telah benar-benar
klik banner kita. Kita mungkin mendapat 5000 klik, tertapi jika iklan banner
yang dipaparkan di klik oleh pengunjung yang kurang berkualiti dan tidak khusus
mencari barangan yang kita tawarkan.
Kita mungkin mendapat
10000 impression, tertapi ia akhirnya mungkin mendapat 100 click sahaja. Jangan
risau. 100 klik through yang berkualiti dan menghasilkan jualan adalah lebih
baik dari 10000 impression yang tidak membawa apa-apa hasil.
Iklan benner kita mungkin
disiarkan di beberapa laman web. Dengan menggunakan teknik yang betul kita
mungkin mendapat hasil yang jauh lebih
baik .
Contohnya laman web A
mungkin mempunyai 900 impression dan mendapat 40 klik. Hasilnya ia membawa
kepada 4 “comfirm sales”.
Ada 2 cara bayaran
dikenakan jika menggunakan bayaran berdasarkan impression atau berdasarkan klik. Jika kos untuk iklan
per impression adalah 1 sen bermakna anda membalanjakan RM 9.00 untuk 900
impression. Manakala jika bayaran berdasarkan setiap klik dikenakan RM 0.10,
maka untuk 40 klik anda terpaksa membelanjakan RM 4.00
Laman web B pula mungkin
mempunyai 9000 impression. Ia mendapat 100 klik dan mungkin hanya mendapat 1
atau 2 jualan.
Jika kos untuk iklan per
impression adalah 1 sen bermakna anda membalanjakan RM 90.00 untuk 9000
impression. Manakala jika bayaran berdasarkan setiap klik dikenakan RM 0.10,
maka untuk 100 klik anda terpaksa membelanjakan RM 10.00.
Dari contoh di atas
kelihatan seolah kedua-dua kos tersebut tidak banyak. Tertapi dalam perniagaan
di ruang siber, setiap sen adalah bermakna. Cari strategi bagaimana
membelanjakan seminima yang boleh untuk mendapatkan hasil yang paling maksima.
Suka saya ingatkan sekali
lagi, perlunya mengenal pasti laman yang tepat untuk iklan banner yang sesuai
supaya dapat memberikan kesan yang maksima.
No comments:
Post a Comment