Ciri-ciri Produk Dalam Talian Yang baik: 9/1/13 17.00
a)
Ringan
b)
Tidak
mudah pecah
c)
Tahan
lama
d)
Margin
tinggi
e)
Berlian
berulang
f)
Pasaran
dunia
Menjual perkhidmatan:
a)
Internet
yang tiada had, kita boleh jumpa 300 – 400 prospek sehari
Bahagian 2: Perniagaan yang Terhangat di Internet
(PTI).
PTI
= Minat + Permintaan – Persaingan
Masa
6.1 Permintaan
Satu
dari petua untuk Berjaya dalam perniagaan berasaskan internet adalah MINAT +
PERMINTAAN – PERSAINGAN = Perniagaan yang Berjaya.
Minat-
maksudnya kita terlebih dahulu perlu mempunyai minat yang mendalam dalam bidang
perkhidmatan atau barangan yang kita ingin tawarkan.
Permintaan-
barangan yang ingin kita jual perlulah mempunyai permintaan yang tinggi dalam
internet. Kita boleh gunakan enjin-enjin pencari untuk mendapatkan maklumat
mengenai barangan atau perniagaan yang kita ingin ceburi.
Persaingan-kita
perlu kenalpasti pesaing-pesaing kita. Dengan adanya maklumat mengenai pesaing
dan saingan yang akan kita hadapi, maka mudahlah untuk kita menyusun strategi.
Bertanya Kepada Yang Tahu
Untuk mengenal pasti ketiga-tiga
perkara di atas maka kita boleh lakukan perkara-perkara berikut:
1. Tanya
orang lain yang juga menceburi perniagaan dalam internet. Kita perlu jelas apa
yang kita tidak tahu. Jangan takut jika soalan yang ditanya akan kelihatan
bodoh.
2. Kenalpasti
5 blog yang popular berkaitan produk yang menjadi minat kita. Periksa di enjin
pencuci dengan menggunakan kata kunci, kenal pasti 5 blog yang tersenarai di
laman pertama atau kedua.
3. Tips-
Ambil masa sedikit untuk melihat berbagai reka bentuk dan kandungan laman yang
tersenarai dalam 5 senarai teratas di laman pertama dan cuba bandingkan dengan
rekabentuk dalam kandungan yang terdapat dalam laman-laman di senaraike 15, 20,
25,…50 dan sebagainya.
Yang
pastinya laman- laman web yang
tersenarai disenarai sebelah belakang mempunyai lebih banyak gambar berbanding
dengan teks.
System
rangking di enjin pencari google adalah berdasarkan jumlah bilangan teks yang
terdapat di sesuatu laman web tersebut. Disamping itu ia bergantung juga kepada
kata-kata kunci yang didaftarkan dilaman-laman tersebut.
Pemasaran nieche merupakan istilah
yang tepat untuk merujuk kepada pasaran yang telah dijuruskan kepada bidang
yang spesifik dan segment yang khusus. Contoh pasaran nieche adalah seperti
berikut:-
Contoh 1- Pasaran umum – anda boleh
cuba jual tudung. Ada pelbagai jenis tudung. Umpamanya jika pelanggan ingin
mencari tudung dan membuat pencarian di ruang siber menggunakan enjin-enjin
pencari yang utama. Hasil pencarian akan tersenarai beribu malah berjuga link
yang merujuk kepada produk berasaskan tudung, termasuklah tudung saji, anak
tudung dan lainnya. Sebaliknya jika kita menggunakan produk berasaskan nieche.
Kita menjual “anak tudung” dan
menggunakan “anak tudung” sebagai kata kunci , kita akan dapati ada
lebih 12 juta link di tunjukkan, sebaliknya jika kita menggunakan kata kunci
“tudung”, kita akan melihat lebih dari 20 juta link.
Adakah sama beratus ribu orang
mencari tudung yang belum pasti mereka akan jumpa laman anda untuk membuat
pembelian, berbanding dengan beribu orang mencari “anak tudung” dan sampai ke
laman web anda dan kunjungan tersebut bukan sahaja berakhir dengan membeli anak
tudung, sebaliknya sebahagian dari mereka juga akan membeli tudung di laman web
atau blog anda.
Ingat ya, orang yang membeli tudung
pasti akan membeli anak tudung dengan anda dan orang yang mencari anak tudung,
belum pasti akan membeli tudung dengan anda. Tapi peluangnya ada. Inilah yang
dikatakan sebagai pasaran nieche.
Setelah anda mula faham, macammana untuk
mengenalpasti produk atau pasaran berdasarkan minat dan kebolehan anda. Timbul
satu persoalan, bagaimana hendak mula. Hendak menjual produk fizikal ataupun
bukan produk fizikal.
No comments:
Post a Comment