PETUA UNTUK SENANG SEBAGAI USAHAWAN SIBER


Salam Sejahtera dan selamat datang ke laman blog http://perniagaansiber.blogspot.com izinkan saya menjadi COACH anda dalam perjalanan anda menjadi USAHAWAN SIBER.

SEDIKIT MENGENAI SAYA
Saya merupakan seorang Pensyarah Kanan di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
Saya mempunyai lebih 26 tahun pengalaman Kerja termasuk 10 tahun menjadi Pensyarah. Kini berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan di University Tunku Abdul Rahman (UTAR)
Skop kepakaran saya lebih menjurus kepada Usahawan Siber/ Usahawan Internet.
Perkhidmatan COACHING saya tawarkan bertujuan untuk mengembangkan hasil dari kerja-kerja penyelidikan dalam Perniagaan Siber yang saya telah lakukan.
Saya akan kongsikan lubuk-lubuk rahsia di internet dan teknik serta strategi untuk menjalankan perniagaan di ruang siber. Untuk Berjaya anda hanya perlukan LUCK + HARD WORK + RIGHT ATTITUDE = SUCCESSFUL USAWAN SIBER.

Anda tentukan sendiri apa yang anda mahu. Untuk meledakkan potensi anda, saya juga menawarkan perkhidmatan RESET MINDA USAHAWAN DAN LEDAKKAN POTENSI DIRI.

Thursday, 14 February 2013

Hari ke 29 Siri Coach Usahawan Siber dari 0 hingga Menjadi usahawan siber Khamis 14/2/2013 12:00


Hari ke 29 Siri Coach Usahawan Siber dari 0 hingga Menjadi usahawan siber
Khamis 14/2/2013 12:00

sila ikuti tips-tips di bawah:
1.            Jangan tunggu idea perniagaan. Mulakan membina blog anda walaupun belum ada idea dan anda tak pasti apa fokus anda, apa minat anda dan apa matlamat anda blogging. Buka akaun dahulu sambil itu membaca-membaca dan terus belajar macammana hendak menjadikan blog anda supaya menarik. Dengan pembacaan dan pencarian di blog yang sedia ada, senaraikan 5 idea perniagaan berdasarkan minat anda, anda pasti akan dapat membentuk idea berdasarkan minat anda.

2.            Fokus Pada Teras dan Asas Blog. Maksudnya setelah mengenalpasti 5 idea perniagaan atau dalam kata lain idea blogging yang anda gemari dan membuat research yang lebih mendalam, buat analisa SWOT berdasarkan Kekuatan (S), Kelemahan (W), Peluang (O), dan Ancaman (T) terhadap setiap idea blogging. Pasti anda akan jumpa topik-topik yang anda benar-benar mempunyai kekuatan dan tetapkan ia sebagai fokus pilihan anda.

3.            Visi dan Misi. Pastikan Visi dan Misi agai ia boleh menjadi pencetus motivasi dalam diri untuk berjuang. Kerana dalam perjalanan ke tempoh kematangan blog, kita akan menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan yang akan membuatkan kita rasa ingin mengaku kalah. Berjuanglah dan terus perkasakan Visi dan Misi anda. Maka untuk berjaya dalam blogging, cipta satu visi dan misi yang jelas untuk memperingatkan diri kita setiap hari, tentang tujuan kita mewujudkan blog.

4.            Serang Pasaran Dengan Keunikan. Keunikan adalah kunci utama jenama blog anda. Teruskan membuat publisiti. Blog anda pasti akan  mampu bertahan. Mulakan dahu blogging dan jangan lupa berdoa dengan ALLAH!!, supaya anda beroleh kejayaan. Untuk mendapatkan impak, fikirkan idea-idea kreatif untuk menarik pembaca untuk mendaftar dengan blog anda. Contohnya tawarkan ebook percuma atau tawarkan incentive tunai kepada pembaca-pembaca yang memberi respond atau maklumbalas dan cadangan bagaimana untuk meningkatkan kualiti blog anda.

No comments:

Post a Comment