Hari ke 27
Siri Coach Usahawan Siber dari 0 hingga Menjadi usahawan siber
Selasa 12/2/2013
12:00
Salam semua
selamat mengikuti sambungan tulisan jam 07:00 pagi. Saya suka mengandaikan yang
berjaya menjual adalah kerana nasib semata-mata begitu juga yang gagal menjual.
Umpama memancing dengan hanya bergantung kepada nasib tanpa panduan dan
strategi anda hanya bergantung kepada rezeki dan nasib semata-mata. Jika untung
barangan anda terjual.
Untuk menjadi
penjual yang hebat kita perlu dapatkan sedikit ilmu mengenai teknik pemasaran
diruang siber supaya usaha kita berbaloi. Berikut ini saya ingin kongsikan 3
teknik yang anda boleh gunakan sebagai panduan:
1. Teknik Hard Selling
2. Teknik
Soft Selling
3. Teknik
Force selling
Teknik Hard Selling
Anda pernah dengar istilah di atas. Apa itu Hard selling?.
Secara umumnya hard selling lebih memberikan
tumpuan kepada aktiviti promosi atau menjual produk. Biasanya barangan
yang dijual menyertakan harga barangan secara terperinci. Selain itu ia
menyatakan dengan jelas produk yang ingin dijual, ciri-ciri produk tersebut. Kelebihan dan keistimewaan
produk tersebut, malah harga produk yang ditawarkan dinyatakan dengan
terperinci dengan pakej-pakej tertentu.
Kelihatan seolah iklan-iklan berbentuk hardselling seolah
bersahaja dan terlalu “lurus bendul”, seolah tiada apa-apa gimik dan tak takut
pesaing akan berperang harga dengan produk kita. Tapi saudara jangan tersilap. strategi
dalam teknik hard selling selalu
mengamalkan “Reverse Saikologi”. Pembeli mudah terpengaruh dengan gimik-gimik
iklan yang dipaparkan hingga lupa bahawa pakej-pakej yang dipaparkan sebenarnya
menyebabkan kita terpaksa berbelanja lebih.
Cuma tiada tempoh masa tertentu.
Syarikat-syarikat besar yang memasarkan produk dengan
jenama-jenama terkenal biasanya menggunakan teknik sebegini. Dari jenama untuk
produk penerbangan hinggalah jenama untuk makanan segera, semuanya menggunakan
teknik Hard Selling.
Baiklah sekian untuk setakat ini dan kita jumpa lagi jam
17:00 untuk tulisan yang akan membincangkan mengenai Teknik Soft Selling
dan Teknik Force Selling.
Disini saya ingin kongsikan sedikit MAKLUMAN PENTING:
Saya sedang menyiapkan ebuku bertajuk: PERNIAGAAN SIBER KINI SEMUA ORANG MAMPU BUAT DUIT LEBIH DENGAN 9 DIMENSI PERNIAGAAN SIBER- Panduan Ringkas + Membantu Kita Membuat Keputusan Yang Akan mengubah Nasib Kita. Saya bercadangkan untuk memberikan Ebuku tersebut secara percuma kepada rakan-rakan yang berdaftar di www.facebook.com/perniagaansiberbiz dan www.perniagaansiber.blogspot.com
Untuk tidak ketinggalan tulisan di blog ini sila follow blog ini dan kemudian daftar diruang Join this site.
No comments:
Post a Comment