Bahagian 3
rangkuman siri coaching dari 0 hingga menjadi usahawan siber
Usahawan
Siber, kita perlu malah mesti membari tumpuan kepada kejayaan, sikap optimis dan
maju ke hadapan dengan memberikan tumpuan kepada penyelesaian masaalah.
Hindarkan
semua orang-orang yang negative. Buang mereka jauh-jauh dari hidup kita, kerana
kita tak rugi apa-apapun. Tanamkan rasa ingin belajar. Rendahkan diri. Lihat
sekeliling kita. Pasti kita akan jumpa ramai lagi usahawan siber lain yang
sedang terkial-kial kerana kekurangan pengalaman berbanding anda. Ada juga usahawan yang sudah
mula menikmati hasil yang lumayan hasil dari aktiviti sebagai usahawan siber.
Oleh itu bertindaklah. Beri perhatian terhadap apa yang anda sedang lakukan dan
tetapkan haluan kemana anda ingin tuju. Setiap malam sebelum masuk tidur,
pasang angan-angan dan bayangkan di dalam minda,
Bayangkan
bahawa anda telah mencapai kejayaan. Bayangkan anda mempunyai pendapatan
melebihi RM 20,000 (sekadar contoh). Bayangkan diri anda sebagai seorang yang
dermawan. Anda mengeluarkan sumbangan untuk aktiviti kebajikan dengan senang
hati. System perniagaan siber yang telah
anda automasikan terus menjana pendapatan dan menghasilkan jualan dan wang
terus mengalir ke dalam akaun anda. Bayangkan rumah banglow yang anda miliki
serta kereta mewah impian anda. Sertakan angan-angan ini dengan doa yang
dipohonkan kepada Allah.
Apabila
bangun dari tidur pula, sebelum lakukan apa-apa, ingatkan diri anda, matlamat
anda untuk Berjaya. Kegagalan bukanlah satu pilihan. Jangan lupa berdoa dan
bermohon dengan ALLAH. Selalu ulang-ulang lafaz doa anda, setiap matlamat yang
anda ingin capai dengan jelas.
INGAT!!!,
kita boleh punyai ilmu, teknologi dan alat yang canggih, tertapi semua itu
jiada gunanya jika “MINDSET” kita berkarat!,rosak atau corak pemikiran kita
penuh dengan elemen-elemen yang negative. Oleh itu setkan minda kita dan
seterusnya belajar bertenang kerana semakin tenang kita, maka minda kita akan
berfungsi dengan lebih baik.
Saya ingin
kongsikan di sini satu teknik mudah untuk melatih diri bertenang kerana semakin
tenang diri kita, maka minda kita akan berfungsi dengan lebih baik. Tekniknya
sebegini: Baring di atas katil atau kerusi lipat yang biasanya orang panggil
kerusi malas. Pastikan anda berada dalam keadaan yang selesa.
Kemudian
pejam mata anda dan tarik nafas dalam-dalam secara perlahan-lahan dalam kiraan
lima. Lapangkan fikiran anda dan kosongkan minda. Tumpukan hanya kepada nafas
yang sedang anda tarik dan hela. Ulang berkali-kali. Setiap kali anda lepaskan
nafas, bayangkan diri anda menghumban keluar segala elemen-elemen negative:
“rasa tak boleh”, “takut”, dan segala “kalau”, “kalau”, dan “kalau”, yang bersarang
didalam diri anda.
Kemudian
semasa menarik nafas, bayangkan segala kekosongan itu anda isikan dengan
elemen-elemen yang positif yang menyenangkan dan memberikan tenaga dan kekuatan
baru kepada anda.
Ulang
teknik berkenaan 5-10 minit setiap pagi. Beberapa kali sehari terutama pada
peringkat awalnya. Sehinggalah diri anda boleh merasa tenang dn relix. Akhir
sekali jaga kesihatan anda. Pastikan anda sentiasa berada dalam keadaan sihat
sejahtera.
No comments:
Post a Comment