Hari ke 25
Siri Coach Usahawan Siber dari 0 hingga Menjadi usahawan siber
Khamis 07/2/2013
17:00
Pendahuluan
Umumnya masyarakat internet
bersikap “skeptical” dan curiga jika ada yang ingin menjadi blogger sepenuh
masa. Maksudnya sumber pendapatan mereka sepenuhnya bergantung kepada blog.
Ramai.
Boleh ke bergantung hidup
dengan blog. Berapa yang kita boleh hasilkan dengan hanya bergantung kepada
blog. Lebih Dahsyat lagi jika ada ibubapa yang bermenantukan blogger sepenuh
masa. Tentuk SESAK NAFAS memikirkan apa yang menantunya buah asik berkurung
dalam bilik. Apa nak bagi anak bini dia orang makan. Jika menantu blogger cuba
terangkan, bapa mentua tidak faham kerana dunia blogging adalah diluar
imaginasi mereka.
Itulah nasib blogger. Jika anda
cuba tunjukkan kemewahan hasil dari blogging, mak ayah dan keluarga mentua
menjadi curiga…., mana dapat duit banyak itu. Skim labu peram mana yang mereka
sertai hingga mampu buat duit sebanyak itu.
Bukan semua orang boleh menjadi
blogger yang berjaya dan menikmati hasil pendapatan yang lumayan. Menjadi
blogger sepenuh masa tidak mudah dan juga tidak mustahil. Anda sendiri buat
penyelidikan. Banyakkan “Googling” cari ilmu blogging yang berselerak di
internet. CARI!!, KUMPUL!!! Dan ORGANIZE!!! Semua maklumat-maklumat yang anda
kumpul dan susun atur menjadi satu turutan panduan blogging.
Pernahkah kita terfikir blog
mampu memberikan sejumlah pendapatan yang lumayan sehingga 4 dan 6 angka setiap
bulan? Sebelum ini, blog cuma dianggap sebagai diari peribadi, yang hanya
digunakan untuk meluahkan emosi dalam hati setiap hari
Untuk menjadi blogger sepenuh
masa, perlukan perancangan yang rapi. Kita mesti tahu fokus kita. Dari platform
yang kita gunakan untuk membangunkan blog, fokus kandungan kita, siapa khalayak
dan berapa ramai yang mengikuti posting kita, kedudukan ke berapa rangking kita
di internet dan sebagainya
No comments:
Post a Comment