Hari ke 27
Siri Coach Usahawan Siber dari 0 hingga Menjadi usahawan siber
Selasa 12/2/2013
17:00
Salam semua kita jumpa sekali lagi untuk membincangkan
teknik menjual di ruang siber. Dalam tulisan sebelum ini, kita telah
membincangkan mengenai teknik Hard Selling, berikut ini saya ingin bincangkan apa
itu Teknik Soft selling.
Soft selling boleh dikategorikan sebagai satu teknik
pengiklanan yang menekankan lebih kepada Kebaikan produk. Ia akan lebih memberi
penekanan kepada kebaikan produk kepada pengguna. Iklan sebegini biasanya di
sokong dan pelbagai testimoni pengguna yang biasanya menyokong, dan selalu
membuat kenyataan yang menunjukkan kelebihan produk tersebut, mendidik pembaca
tentang produk, testimoni dan sebagainya.
Iklan sebegini juga lebih berbentuk santai, mendidik
iklan sebegini menekankan kebaikan kepada pengguna secara berterusan. Iklan sebegini
juga banyak menggunakan selebriti sebagai ikon dalam memasarkan produk. Harga produk
memang dinyatakan di dalam iklan, tertapi tidak diberikan perhatian khusus,
sebaliknya kelebihan produk yang diberi keutamaan. Kita lihak iklan Jus Tok
Guru sebagai contoh.
Seterusnya Apa itu Force selling. Teknik force selling biasanya
lebih menggunakan aktiviti promosi dalam menjual produk. Iklan biasanya
menggunakan kombinasi hardselling dan Soft selling. Disamping menyatakan maklumat-maklumat
dan mempromosi dalam menjual produk, ia juga menawarkan potongan harga dan
biasanya menekankan tempoh masa tertentu untuk memberi tekanan kepada pembaca
agar bertindak segera untuk membeli agar tidak terlepas peluang.
Biasanya penjual menggunakan tawaran harga seperti “ …dapatkan
sekarang. Harga Biasa RM 300. Sekarang dapatkan dengan Tawaran harga HANYA!!!,
RM 100.”
Contoh lain “….tawaran dibuka hanya 7 Hari sahaja. Tempah
sekarang sebelum harga kembali ke RM 300. Jangan salahkan ibu mengandung jika
anda terlepas peluang untuk mendapatkan produk ini dengan harga istimewa..
Sekian tiga siri tulisan membincangkan tiga teknik
menjual di ruang siber. Semuga ianya
memberikan sedikit ilmu dan akan memenafaatkan anda dalam melibatkan diri dalam
perniagaan siber. Selain dari tiga teknik yang dibincangkan ini, anda boleh
gunakan teknik-teknik gila-gila lain yang mungkin boleh memberikan impak
maksima kepada anda. Sekian kita jumpa lagi besok dalam siri coach perniagaan
siber untuk hari ke 28.
MAKLUMAN
PENTING: Saya sedang menyiapkan ebuku bertajuk: PERNIAGAAN SIBER KINI
SEMUA ORANG MAMPU BUAT DUIT LEBIH DENGAN 9 DIMENSI PERNIAGAAN SIBER- Panduan Ringkas + Membantu Kita Membuat Keputusan Yang Akan
mengubah Nasib Kita. Saya bercadangkan untuk memberikan Ebuku tersebut secara
percuma kepada rakan-rakan yang berdaftar di www.facebook.com/perniagaansiberbiz
dan www.perniagaansiber.blogspot.com
Untuk tidak
ketinggalan tulisan di blog ini sila follow blog ini dan kemudian daftar
diruang Join this site.
No comments:
Post a Comment