Berikut adalah contoh teknik untuk
menilai pasaran untuk produk/perkhidmatan yang ingin kita tawarkan;
1. Pergi ke www.yahoo.com
dan taipkan nama produk yang kita ingin jual. Contohnya tudung daripada
daripada senarai link yang ditunjukkan, kita boleh nilai betapa meriahnya
peluang pemasaran untuk produk tersebut. Semakin banyak link yang ditunjukkan,
bermakna semakin tinggilah pasaran untuk produk tersebut.
2. Jika pergi ke www.google.com
taipkan nama produk yang kita ingin kaji. Lagi panjang senarai nya bermakna
semakin “hot” lah topic berkenaan. Tapi ingat setakat hot tiada maknanya kerana
semakin ramai lah pesaing anda di dalam pasaran tersebut.
3. Kayword google adword. Jika kita
membuat carian dengan kata kunci, semakin banyaklan iklan Adword. Iklan-iklan
Adword biasanya disenaraikan di sisi sebelah kanan laman web.
Untuk tujuan perbincangan, saya
memilih enjin pencari Google dan Yahoo adalah kerana kedua-dua enjin pencari tersebut
masih mendominasi ruang siber. Ini tidak pula bermakna anda tidak boleh
menggunakan enjin-enjin pencari lain selain dari Google dan Yahoo untuk tujuan
menganalisa pasaran.
Ada 1001 cara lagi untuk menganalisa
permintaan terhadap produk atau pasaran yang anda sudah senaraipendekkan. Anda
boleh cari Googlegroup, yahoogroup dan pelbagai group mengikut topik pilihan.
Jika produk atau perkhidmatan anda akan promosikan di dalam bahasa Malaysia.
Sertai group-group yang anda
kenalpasti. Contohnya jika kumpulan yang anda sertai, mempunyai 30,000 ahli
berdaftar. Setiap kali anda membuat posting, maka 30,000 orang akan menerima
mesej anda.
Sebelum menggunakan kaedah sebegini
untuk tujuan promosi, baca dan fahamkan syarat-syarat dan fahami
larangan-larangan yang dikenakan di group berkenaan. Jika anda main redah
sahaja akibatnya, anda mungkin akan disekat dari menyertai group, membuat
posting sebagai hukuman, malah lebih teruk lagi anda mungkin akan di “ban” daru
menyertai group berkenaan buat selama-lamanya.
S10 Kahmis1
Menjual
Perkhidmatan di Internet.
Tajuk memainkan peranan penting dalam
mempengaruhi pengguna agar membuat pembelian dalam talian. Sebagus mana pun
produk atau perkhidmatan, jika tajuk yang digunakan menarik perhatian tidak
akan berkesan.
Laman yang menjual produk, boleh
mempengaruhi pembeli hanya dengan melihat gambar berkenaan, tambahan pula
dengan melihat-lihat dan curi-curi produk boleh mempengaruhi orang ramai untuk
membeli.
Menjual maklumat atau perkhidmatan
dalam talian, perlukan “Punch line” yang unik dan menarik. Sebab utama orang
beli e-book adalah kerana tajuknya.
Perkhidmatan merupakan
produk yang paling baik dalam talian.
Mengapa begitu. Tidak lain kerana perkhidmatan tidak memerlukan penyerahan
secara fizikal. Urusan jual beli dan penyerahan produk boleh dilakukan secara
dalam talian sepenuhnya.
Perlu di ingat, terdapat banyak
produk yang di jual dalam pelbagai kategori. Selain itu para pembeli juga
terdiri dari pelbagai peringkat. Sangat penting kita tetapkan segment atau
“Niece” segment yang kita ingin beri perhatian. Perlu cari dan kenal pasti
segment industry yang kita ingin beri tumpuan.
Panduan Untuk Memilih Niche untuk blogging.
1. Kenalpasti kita hendak
tawarkan perkhidmatan atau menjual produk.
2. Jika
ingin menjual produk. Kenal pasti dan reka apa yang kita ingin jual.
3. Zoom
in kepada apa yang anda ingin beri perhatian. Umpamakan industry yang kita
pilih sebagai sebatang pokok yang rending dan “niece” yang anda pilih adalah
umpama satu dari gugusan buah yang lebat di pohon tersebut.
Untuk
Berjaya dalam perniagaan internet, kita perlulah mempunyai ciri-ciri inovatif.
Hanya dengan mengubah “niece”. Kita ubah 10% dalam bentuk sesuatu produk yang
kita persembahkan di laman web, boleh mengubah sasaran kepada kelompok yang
baru dan hasilnya ia mampu memberi pulangan yang jauh lebih besar
Menjual
Informasi di internet.
Selain dari menjual produk dan
maklumat melalui ebook, satu lagi kategori yang perlu diberi perhatian adalah
menjual perkhidmatan dalam talian. Kita boleh membina kepercayaan dan
credibility di internet. Selain itu kita boleh gunakan blog dan facebook
No comments:
Post a Comment