Hari ke 27
Siri Coach Usahawan Siber dari 0 hingga Menjadi usahawan siber
Selasa 12/2/2013
07:00
Salam semua
selepas bercuti selama tiga hari sempena tahun kini kita kembali memberi fokus
kepada siri coaching perniagaan siber. Kita ikuti seterusnya. Tulisan hari ini
mamberi tumpuan kepada Teknik Menjual di Ruang Siber. Tulisan ini akan
diterbitkan dalam tiga siri iaitu Jam 7:00, 12:00 dan 17:00. Sila baca dan
fahamkan semuga ia boleh memberi panduan kepada kita semua.
Sebagaimana aktiviti
menjualbeli di dunia nyata, di dunia siber juga tidak kurang rancaknya aktiviti
menjualbeli. Malah nilai jualbeli diruang siber semakin meningkat dan
berkembang hingga mencecah trillion USD. Kepada pembaca yang keliru berapa
banyak Trillion itu. Trillion samalah nilainya dengan satu ribu Billion USD. Ini
tidak menghairankan kerana peluang dan kelebihan yang disediakan oleh teknologi
Internet menyebabkan hampir semua industry berlumba-lumba menawarkan platform
untuk menjalankan perniagaan di ruang siber. Siapa yang tidak mahu berhijrah
menggunakan kemudahan jualbeli di internet, akan ketinggalan kerana relatifnya
barangan yang dijual di internet, sama kualiti dengan barang yang dijual
didunia nyata. Cuma harganya lebih murah kerana tidak melibatkan terlalu banyak
orang tengah.
Untuk membolehkan
jualbeli benar-benar berlaku di ruang siber kita perlu tahu teknik yang sesuai
untuk membolehkan apa yang kita jual itu mendapar respond yang menggalakkan dan
hasil yang lumayan. Ada pelbagai teknik menjual di ruang siber. Saya akan
kongsikan sebahagiannya disini. Sebelum itu soalan cepu emas saya, anda pernah
menjual diruang siber. Apa hasil yang anda terima. Lumayan tak. Atau anda gagal
dalam semua usaha anda menjual dalam talian. Mengapa ada orang yang Berjaya
menjual dan ada pula yang gagal. Sekian untuk waktu ini dan sila ikuti
sambungan di terbitan jam 12:00 siri coaching usahawan siber.
Disini saya ingin kongsikan sedikit MAKLUMAN PENTING:
Saya sedang menyiapkan ebuku bertajuk: PERNIAGAAN SIBER KINI SEMUA ORANG MAMPU BUAT DUIT LEBIH DENGAN 9 DIMENSI PERNIAGAAN SIBER- Panduan Ringkas + Membantu Kita Membuat Keputusan Yang Akan mengubah Nasib Kita. Saya bercadangkan untuk memberikan Ebuku tersebut secara percuma kepada rakan-rakan yang berdaftar di www.facebook.com/perniagaansiberbiz dan www.perniagaansiber.blogspot.com

Untuk tidak
ketinggalan tulisan di blog ini sila follow blog ini dan kemudian daftar
diruang Join this site.
No comments:
Post a Comment