PETUA UNTUK SENANG SEBAGAI USAHAWAN SIBER


Salam Sejahtera dan selamat datang ke laman blog http://perniagaansiber.blogspot.com izinkan saya menjadi COACH anda dalam perjalanan anda menjadi USAHAWAN SIBER.

SEDIKIT MENGENAI SAYA
Saya merupakan seorang Pensyarah Kanan di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
Saya mempunyai lebih 26 tahun pengalaman Kerja termasuk 10 tahun menjadi Pensyarah. Kini berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan di University Tunku Abdul Rahman (UTAR)
Skop kepakaran saya lebih menjurus kepada Usahawan Siber/ Usahawan Internet.
Perkhidmatan COACHING saya tawarkan bertujuan untuk mengembangkan hasil dari kerja-kerja penyelidikan dalam Perniagaan Siber yang saya telah lakukan.
Saya akan kongsikan lubuk-lubuk rahsia di internet dan teknik serta strategi untuk menjalankan perniagaan di ruang siber. Untuk Berjaya anda hanya perlukan LUCK + HARD WORK + RIGHT ATTITUDE = SUCCESSFUL USAWAN SIBER.

Anda tentukan sendiri apa yang anda mahu. Untuk meledakkan potensi anda, saya juga menawarkan perkhidmatan RESET MINDA USAHAWAN DAN LEDAKKAN POTENSI DIRI.

Thursday, 14 February 2013

Hari ke 29 Siri Coach Usahawan Siber dari 0 hingga Menjadi usahawan siber Khamis 14/2/2013 17:00


Hari ke 29 Siri Coach Usahawan Siber dari 0 hingga Menjadi usahawan siber
Khamis 14/2/2013 17:00

Memahami Matriks Pelawat. INGAT!!!, proses peningkatan jumlah pelawat setiap bulan adalah proses berperingkat. strategi promosi perlu dipelbagaikan  dari semasa ke semasa dan Memahami matriks pelawat yakni mengetahui dari mana sumber terbesar pelawat ke blog kita, dapat membantu kita mencipta satu sistem promosi yang berkesan berkali-kali. Dalam masa kita cuba meningkatkan bilangan pengunjung ke blog kita, perlu juga beri perhatian bagaimana untuk mengekalkan pembaca blog kita agar menjadi pembaca tetap blog kita.

Formula ‘KK’ Dalam Penjenamaan. Ia merujuk kepada membina kekuatan dan mengukuhkan kekuatan dalam penjenamaan. Jika anda ingin fokus kepada pasaran mewah dan ingin menjadi blogger yang mampu menjana pendapatan mewah menerusi blog, maka Jenama yang kuat akan membawa lebih banyak pulangan kepada pemilik blog.


Antara aspek penjenamaan blog adalah:
§     Logo.
§     Struktur dan reka bentuk web.
§     Isi kandungan yang berkualiti dan menepati citarasa pembaca.
§     Membina hubungan yang baik dengan pembaca.
§     Menghasilkan sesuatu (seperti sistem ganjaran), bagi menghasilkan promosi viral dan membuat para pembaca tersenyum riang setiap kali melayari blog kita.
Strategi-stretegi lain yang boleh digunakan untuk meningkatkan trafik adalah seperti: Aktif di forum (Menggunakan ruangan signature untuk mempromosikan blog). Selain itu amalkan habit untuk berinteraksi dalam ruangan shoutbox di setiap blog dan amalkan penggunakan fungsi ­signature dalam e-mel. Saya akhiri tulisan panduan menjadi blogger sepenuh masa dengan nasihat agar anda merencakkan penggunaan media sosial (Facebook dan Twitter) untuk menarik trafik ke blog anda selain itu sudah pasti memberi tumpuan terhadap isi kandungan yang berkualiti dan terkini.

No comments:

Post a Comment