Hari ke 28
Siri Coach Usahawan Siber dari 0 hingga Menjadi usahawan siber
Rabu 13/2/2013
17:00
Konsep NPM dalam menjadi
Blogger Sepenuh masa. NPM merupakan satu konsep yang mnerangkumi
tiga komponen penting untuk menjadi blogger sepenuh masa iaitu:
§ Niche.
§ Penulisan
dan pelawat.
§ Monetization.
#1 – (N) Niche
Niche merujuk kepada siapa golongan pembaca
sasaran kita. Setiap Blogger perlu jelas dengan fokus Niche mereka. Kegagalan
mengenalpasti fokus golongan sasaran akan menyebabkan mereka kehilangan peluang
untuk menjana pendapatan kerana blogger
yang gagal mengenali siapa pembaca mereka.
Akibatnya, blogger itu tidak tahu apakah
jenis produk yang boleh dijual kepada mereka atau menjual produk kepada sasaran
yang salah menyebabkan pendapatan blogger terjejasengenal pasti siapa pembaca
blog kita. Sebagai contoh, para pembaca Majalah Niaga terdiri daripada:
§ Pembaca
yang ingin menjadi seorang usahawan.
§ Pembaca
yang ingin mengetahui cara untuk melakukan pemasaran.
§ Pembaca
yang berminat untuk buat duit dengan blog.
§ Pembaca
yang dapatkan tip pengurusan kewangan.
Apabila kita melakukan senarai pendek, kita
akan mula mengetahui apakah produk yang sesuai untuk dijual kepada para
pembaca.
#2 – (P) Penulisan dan Pelawat
Pat Flynn (Pemilik blog Smart Passive Income)
berkongsi dalam blognya, faktor yang mendorong seseorang itu menjadi
full time blogger adalah kemampuan mereka untuk menghasilkan penulisan
dan pelawat yang berkualiti.
Dari segi penulisan, sesetengah orang
mengandaikan tulisan yang baik dan berkualiti mestilah artikel yang mempunyai
beratus-ratus perkataan. Ini tidak semestinya betul. Artikel yang mempunyai 250
hingga 300 patah perkataan adalah cukup baik dan mendorong pembaca untuk
menghabiskan bacaan mereka. 300 perkataan x tiga terbitan menjadi hampir 900
perkataan. Ini sudah cukup baik untuk satu hari penerbitan. Jika 30 hari anda
sudah mempunyai 27,000 perkataan. Dalam dua bulan pula anda boleh menghasilkan
27,000 x 2 sama dengan 54,000. Jika satu
mukasurat mempunyai 300 perkataan maka 54,000/300 bersamaan dengan 180
mukasurat. Cukup untuk menghasilkan satu buku yang boleh dipasarkan sehingga
ribuan ringgit bergantung kepada berapa banyak cetakan dan jualan.
No comments:
Post a Comment