Belajar-belajar dan terus belajar macam mana system
autoresponder berfungsi. Banyak fungsi-fungsi canggih terdapat di dalam system
autoresponder dan pastikan kita luangkan masa untuk menguji system ini untuk memastikan ianya benar-benar berfungsi.
Setelah kita benar-benar berpuashati dengan system autoresponder pilihan kita,
kita boleh tambah kata-kata yang menarik di ruangan yang berkenaan, dengan
tujuan tidak lain agar ia boleh menarik perhatian bakal pelanggan kita apabila mereka melihat bahan promosi kita
kelak.
Kata-kata kunci yang boleh memikat adalah seperti….,
“Terima kasih kerana berminat untuk mendapatkan naskah
percuma ebuku menjadi usahawan siber. Selamat belajar dan minta tolong untuk
forwardkan email ini kepada rakan-rakan dan keluarga yang lain. Dibahagian
akhir amail anda, jangan lupa masukkan kata-kata pengikat yang boleh memberi
impak seperti:-
“kami akan kongsikan lebih banyak ilmu, tips-tips dan
strategi-stretegi dan bahan-bahan berkaitan…dengan anda. Jika anda tidak
memerlukan email-email dari kami, sila maklumkan kami supaya kami boleh
mengeluarkan anda dari senarai penerima kami.
Seterusnya pergi semula ke google.com atau yahoo.com. dan
carilah dalam forum-forum yang ada mengikut tajuk-tajuk pilihan kita. Sesuai
dengan fokus penulisan saya diruangan ini yang memfokus kepada perniagaan
siber. Satu contoh laman forum yang top adalah www.wangcyber.com
Ada pelbagai ruangan-ruangan perbincangan mengikut
topik-topik dan sub-sub topik yang dengan bahan-bahan dan persoalan berkaitan
aktiviti perniagaan siber. Saya ambil contoh forum di www.wangcyber.com. Terdapat pelbagai forum atau ruangan perbincangan
mengikut tajuk-tajuk yang power penuh dengan tip-tip dan teknik yang mudah
untuk menjalankan perniagaan di ruang siber. Anda perlu mendaftar dalulu dan
kemudian post kan soalan-soalan anda dan tunggu saja, nanti akan ada pihak yang
memberi respond terhadap tulisan anda.
Anda ada pilihan samaada mahu ‘download’ ke komputer
ataupun “link” laman tersebut ke folder favorite supaya anda boleh melawat
semula laman berkenaan kemudian.
Biasakan diri anda dengan cara ruangan forum dikendalikan
dan cara ia berfungsi. Baca posting-posting yang terdapat di laman tersebut.
Fahamkan panduan serta syarat-syarat untuk menyertai forum berkenaan. Jangan
lupa juga luangkan masa untuk mambaca bahagian Frequently Asked Questions
(FAQ).
Sekadar peringatan, anda mungkin perasan bahawa saya
hanya memberi tumpuan kepada perniagaan
siber. Betul saya gunakan perniagaan hanya sekadar contoh sahaja. Setelah
memahami konsep perniagaan siber, anda boleh sahaja memilih topic yang lebih
fokus seperti pemasaran di Fb, pemasaran email, pemasaran di mudah.my atau
lainnya. Seperkara lagi, faktor modal dan masa perlu diambil kira. Jika lagi
kurang sumber modal anda, maka semakin fokuslah anda denga bidang pilihan anda.
S15
Pemasaran Dengan Face Book.
Salam semua, selamat bertemu lagi . tulisan untuk
terbitan jam 17.00 hari ini akan membincangkan satu lagi saluran pemasaran
iaitu pemasaran menggunakan Facebook. Panduan pemasaran dengan Facebook akan
disiarkan dalam empat penerbitan berturut-turut iaitu siri pertama akan
disiarkan hari ini jam 17.00 diikuti dengan siri 2 akan diterbitkan pada hari
Jumaat 25/1/2013 untuk siaran jam 7.00, 12.00 dan siaran jam 17.00.
Para pembaca mungkin tertanya kenapa tiada
siaran/terbitan pada hari Khamis. Sebabnya Khamis adalah cuti Umum Begitu juga
Isnin Depan juga tiada siaran kerana cuti umum. Saya hendak gunakan masa cuti
umum untuk merehatkan jari-jari yang penat menaip di computer.
Baik kita mulakan perbincangan kita. Jika
ditanya kepada 10 orang, siapa yang mempunyai akaun Facebook, pasti hamper
kesemuanya dengan bangga akan mengaku memiliki akaun Facebook. Mempunyai akaun
rangkaian social seperti Facebook merupakan satu fenomena. Timbul rasa malu
jika tidak mempunyai akaun Facebook.
Apa itu F.A.C.E.B.O.O.K
Kita
boleh meringkaskan Facebook sebagai:
F –
Fan page
A –
Add fans
C –
Connect
E –
Experience
B –
Buy ads
O –
Offer promotion
O –
Online mobile
K –
Keep Updating
Kombinasi
kelapan-lapan elemen di atas jalan dimenafaatkan sepenuhnya, akan memberikan
impak yang sangat memberangsangkan. Sangat penting untuk kita terus belajar dan
mengambil tahu semua fungsi yang terdapat dalam Facebook.
Todak
mustahil seseorang yang mempunyai pendapatan di bawah RM 1,500 sebulan hasil
jawatan yang disandangnya, mampu menghasilkan pendapatan sampingan antara RM
3,000 – RM 5,000 sebulan. Hanya dengan strategi yang betul dan system yang
sesuai, laman facebook akan menjana pendapatan tambahan untuk anda dengan
sendirinya.
Jika
anda. seorang pelajar, wang saku anda pasti hanya cukup-cukup untuk menampong
pelajaran and di university. Akaun Facebook anda jika diuruskan dengan betul,
akan mampu membantu anda menjana pendapatan hingga ribuan ringgit.
Melalui
ruangan yang sempit ini, saya ingin kongsikan lebih lanjut dengan anda mengenai
Facebook yang merupakan medium pemasaran social yang paling popular ketika ini.
FAN
PAGE
Di ruang siber, tidak ada limitasi berapa ramai rakan follower yang anda boleh daftarkan untuk menghasilkan Fan page. Cara untuk menghasilkan Fanpage mudah sahaja;
-
-
-
ruangan enjin pencari. Setalah menjumpainya, kita “Add”
-
Kita akan mempunyai “inbox”
Melalui
fanpage kita tiada had menalan. Kita boleh hubungi semua kenalan yang menjadi
“follower” kita melalui inbox (fingsinya sama seperti email broadcast). Kita
juga boleh menjejak pengguna dan intraksi yang berlaku di Facebook kita dengan
menggunakan fungsi “Insight”.
Fungsi insight sangat sangat bagus untuk kita
mengetahui trafik ke Facebook kita.. Kita juga boleh Klik kepada maklumat
statistik pelawat yang datang untuk mengetahui secara terperinci latar belakang
setiap dari mereka.
Hari ke 17 Siri Coach Usahawan Siber dari 0 hingga
Menjadi usahawan siber
Jumaat 25/1/2013 07:00
Salam semua, selepas
kita bercuti sehari semalam sempena hari keputraan Junjungan Besar Rasulullah
SAW, kita sambung semula tulisan terakhir hari ke 16 Rabu siaran jam 17:00
Add Fan/ Follower/links.
Kita boleh gunakan fungsi ini untuk
menambah bilangan ahli ke facebook. Sebelum kita boleh menyenaraikan mereka
sebagai ahli kita, terlebih dahulu kita perlu menyediakan muka khas di panggil
“Landing Page”. Di “Landing Page kita boleh menyenaraikan manafaat yang orang
ramai akan dapat jika menyertai facebook kita.
Untuk membuat “Langing Page”:
·
Di ruangan enjin pencari taipkan FBML
·
Ikut langkah demi langkah proses untuk membina “Landing Page”.
Untuk menggalakkan orang ramai menjadi
ahli kita, buatlah seperti pertandingan mudah dan galakkan orang ramai
menggunakan “like”. Pastikan anda ujudkan momentum di page anda dan galakkan
intraksi sesame ahli-ahli di akaun Facebook anda.
Connect.
Berintraksilah dengan rakan-rakan dan
follower anda. Kemukakan isu dan galakkan respond. Respond dengan soalan yang
follower anda poskan di Facebook anda. Selalulah lontarkan soalan-dan isu dalam
bentuk “open ended”, supaya dapat menarik respond dari orang ramai.
Kongsikan juga maklumat-maklumat dan
fakta-fakta menarik yang bersesuaian dengan objektif facebook anda diujudkan.
Untuk mengemaskini Facebook, gunakan fungsi “auto display”. Apa yang kita post
di blog kita akan juga dipaparkan di Facebook secara automatik.
Gunakan kemudahan “Notes”. Pergi ke
ruangan “Notes”. Tulis catatan anda dan import URLs ke laman web dan juga ke
blog anda.
Experience.
Sedar atau tidak Facebook boleh
digunakan sebagai asas untuk membina jenama anda sendiri. Apa kemahiran dan
skil anda. Apa yang anda suka lakukan dan apa yang anda mahu lakukan.
Jawapan anda untuk segala soalan di
atas boleh digunakan sebagai asas untuk membina jenama. Fikirkan logo, warna,
aksi atau apa sahaja boleh digunakan untuk membina jenama. Kenal pasti sesuatu
untuk diwar-warkan kepada orang ramai secara berulang kali. Lama-kelamaan ia
akan menjadi jenama anda.
Contohnya saya menggunakan perkataan
“coach usahawan siber” dan gambar saya sebagai subjek untuk membina jenama
saya.
Baik jika kita gunakan gambar dan
rakaman video yang sesuai sebagai bahan untuk membina jenama. Prinsipnya mudah
sahaja. Semakin ramai orang “like” dan menjadi follower kita, maka semakin
berjenamalah kita.
Hari ke 17 Siri Coach Usahawan Siber dari 0 hingga
Menjadi usahawan siber
Jumaat 25/1/2013 12:00
Salam semua, kita sambung lagi perbincangan kita mengenai
pemasaran melalui Facebook…, kita ikuti
apa makna (B)..,
Beli Iklan.
Pengiklanan di Facebook sebenarnya
lebih berkesan. Di Facebook kita boleh sasarkan iklan di Facebook secara lebih
khusus berbanding dengan pengiklanan “Adword”. Perbezaan yang nyata antara
Facebook dan Google yang nyata adalah;
-
Facebook menggunakan Psikografik untuk mensasarkan iklan dan iklan-
iklan juga disasarkan mengikut umur, lokasi, pekerjaan dan sebagainya.
-
Kaedah Google pula menggunakan factor Demograpik untuk mensasarkan iklan
kepada para sasarannya.
-
Iklan di Facebook juga kadarnya lebih murah berbanding ‘Adword: kerana
di Facebook pengiklanan adalah sesuatu perkhidmatan yang baru berbanding dengan
Google. Oleh itu oleh kerana kurang persaingan, kadar iklannya juga agak murah
dan menjimatkan.
-
Cara mengiklan di Facebook juga sangat mudah.
-
Caranya;
o
Buka akaun di Facebook.
o
Klik ruangan “Advertisment”
o
Ikut panduan langkah-demi langkah untuk memuat naik iklan, membuat
pembayaran dan menetapkan fokus sasaran.
Offer Promosi.
Umumnya di Facebook, pengguna atau
pengujung tidak mempunyai minda membeli. Kehadiran mereka lebih bertujuan untuk
lepak-lepak, bersosial dan berkongsi cerita, sesuai dengan peranan Facebook itu
sendiri sebagai rangkaian social maya.
Ini tidak pula bermakna kita tidak
boleh mempengaruhi mereka untuk membuat pembelian. Gunakan factor emosi untuk
mempengaruhi mereka. Sediakan bahan promosi yang hebat yang mampu menyentuh
perasaan dan menggamit pengguna agar member perhatian terhadap iklan kita.
Gunakan skil dan kemahiran kita.
Sambil menyelam minum air. Sambil menggunakan kod promosi sebagai tawaran, kita
boleh menambahkan keahlian di Facebook kita.
Hari ke 17 Siri Coach Usahawan Siber dari 0 hingga
Menjadi usahawan siber
Jumaat 25/1/2013 17:00
Salam
dan kita bertemu lagi. ini merupakan siri tulisan terakhir untuk panduan
pemasaran menggunakan Facebook.
Online Mobile.
Dengan adanya gadget-gadget seperti Iphone,
Blackberry,Ipad dan lainnya, kita boleh sentiasa online. Kita boleh selalu
mengemaskini status dan membuat posting ke pelbagai platform maya dengan
beberapa klik yang mudah. “Fanpage” di Facebook kita dalah milik kita, maka
kita perlu sentiasa mengemaskini dengan informasi-informasi terkini agar
sentiasa dinanti-nanti oleh “follower” kita.
Kita juga perlu pandai mengurus masa.
Sediakan jadual untuk mengemaskini platform maya kita. Sebagai panduan dalam
sehari kita perlu membuat sekurang-kurangnya tiga pengemaskinian samaada di Facebook, tweeter atau Blog.
(Ingat lagi setiap update di satu medium akan dipaparkan juga di medium yang
lain).
Kita juga perlu respond kepada
posting-posting yang telah dibuat oleh pengikut kita. Setiap pengemaskinian
yang kita buat akan diterima oleh setiap ahli yang menjadi pengikut kita.
Keep Updating.
Pastikan kita kemaskini Facebook dan
media sosial yang lain secara berterusan agar kandungannya sentiasa hangat dan
memikat. Posting kita perlulah sentiasa terpapar di laman-laman pengikut kita.
Biar kita sentiasa di minda mereka. Kegagalan kita untuk mengemaskini laman
Sosial, lama-lama akan menghilangkan perhatian “follower” kita. Mereka tidak
lagi ingat akan kita.
Posting juga perlulah dibuat di sela
waktu yang berbeza supaya kita dapat menyasarkan kumpulan ahli yang
berbeza-beza. Secara tidak langsung ini akan membantu kita menambah follower
kita.
Seperkara lagi andainya kita rasa
tiada bahan untuk ditulis, jangan panic. Kita masih boleh ulang siar
bahan-bahan yang telah pernah kita siarkan. Kita Cuma perlu ubahsuai maklumat
yang ada supaya sesuai dengan keadaan. Selain itu kita juga boleh gunakan bahan
dari sumber-sumber lain di Facebook kita. Umpamanya bahan-bahan yang telah
disiarkan di blog atau media social orang lain.
Sekian dahulu dan Insyaallah kita akan
bertemu kembali hari Selasa untuk siaran hari ke 18. Saabtu dan Ahad tiada
siaran….harap maklum. Sekian
No comments:
Post a Comment