Hari ke 28
Siri Coach Usahawan Siber dari 0 hingga Menjadi usahawan siber
Rabu 13/2/2013
12:00
Jika anda memberi perhatian untuk memasarkan article dan
iklan para usahawan anda, memang berbaloi. Anda buatkan promosi dan postkan
bahan-bahan promosi yang usahawan yang melanggan dengan anda. Jika kena caranya
memang berbaloi. Ini hanya baru dari satu sumber pendapatan belum kita jika
anda menyertai program affiliate untuk memasarkan produk usahawan –usahawan
lain. Selain dari itu segala tulisan anda di blog anda boleh diolah semula
untuk dijadikan ebuku serta buku bercetak.
Kita boleh jadikan satu desiplin memaksa diri kita menulis
dan membuat posting ke ruang siber. Apabila cukup bahan dan sesuai dengan
temanya, kita boleh satukan bahan tersebut dan menjadikannya sebagai ebuku
ataupun buku yang bercetak. Masa sudah berubah,
kini blog tidak lagi dianggap sebagai mediam untuk merekodkan aktiviti harian
kita. Blog berperanan lebih dari “online Journal”. Kita boleh merekodkan
aktiviti yang dijalankan. Mulakan sedikit-sedikit. Lama-lama jadi bukit. Jika
satu hari kita beristiqamah menulis sebanyak 3 muka surat dalam tiga puluh hari
kita akan mendapat menghasilkan sebanyak 90 mukasurat.
Menjadi Blogger ada cabaran yang tersendiri. Sebagai seorang
blogger, kita tidak akan lari dari masalah seperti:
§ Kekeringan idea untuk menulis artikel baru.
§ Menerima kritikan pedas daripada pembaca dan blogger
lain.
§ Hosting blog bermasalah (diceroboh dan sebagainya).
§ Tidak ada syarikat pengiklanan yang berminat untuk
beriklan di blog.
§ Tidak mempunyai sumber pendapatan yang tetap dan lumayan.
Namun begitu, menjadi
seorang full time blogger tidak mustahil jika kena caranya. Berikut
adalah cara-cara yang terbukti berkesan, dan digunakan oleh tim Majalah Niaga
sendiri untuk menjadi seorang blogger sepenuh masa.
No comments:
Post a Comment