PETUA UNTUK SENANG SEBAGAI USAHAWAN SIBER


Salam Sejahtera dan selamat datang ke laman blog http://perniagaansiber.blogspot.com izinkan saya menjadi COACH anda dalam perjalanan anda menjadi USAHAWAN SIBER.

SEDIKIT MENGENAI SAYA
Saya merupakan seorang Pensyarah Kanan di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
Saya mempunyai lebih 26 tahun pengalaman Kerja termasuk 10 tahun menjadi Pensyarah. Kini berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan di University Tunku Abdul Rahman (UTAR)
Skop kepakaran saya lebih menjurus kepada Usahawan Siber/ Usahawan Internet.
Perkhidmatan COACHING saya tawarkan bertujuan untuk mengembangkan hasil dari kerja-kerja penyelidikan dalam Perniagaan Siber yang saya telah lakukan.
Saya akan kongsikan lubuk-lubuk rahsia di internet dan teknik serta strategi untuk menjalankan perniagaan di ruang siber. Untuk Berjaya anda hanya perlukan LUCK + HARD WORK + RIGHT ATTITUDE = SUCCESSFUL USAWAN SIBER.

Anda tentukan sendiri apa yang anda mahu. Untuk meledakkan potensi anda, saya juga menawarkan perkhidmatan RESET MINDA USAHAWAN DAN LEDAKKAN POTENSI DIRI.

Tuesday, 19 February 2013

Bahagian 6 rangkuman siri coaching dari 0 hingga menjadi usahawan siber




Ingat!!!, sasaran yang jelas akan lebih mudah di tuju berbanding dengan sasaran yang tidak kelihatan dan samar-samar.

Berikut ini saya ingin kongsikan bagaimana untuk mengenal pasti sasaran kita. Saya suka cadangkan:

Anda berkurung dalam bilik. Jangan biarkan gadget dan talifon bimbit menganggu anda. Jangan lupa anda  mesti dapatkan rasa tenteram semasa berada di dalam bilik. Jangan lupa pula, ketika ini anda sudah pun mengamalkan teknik untuk mencari ketenangan seperti yang telah dibincangkan sebelum ini. Seterusnya senaraikan semua perkara yang anda suka lakukan. Mungkin ianya Cuma hobi anda, mungkin juga sesuatu yang anda minat.

Sesuai dengan tajuk coaching ini Journal Coaching dari 0 hingga menjadi Usahawan Siber, kita tetapkan fokus utana kita. Jenis perniagaan yang anda gemar lakukan.
Semua orang pasti suka berniaga, kerana minat berniaga telah Allah tanamkan dalam setiap dari hati-hati kita.

Nabi kita Nabi Muhammad SAW ada menerangkan di dalam hadis sahih bahawa 9/10 dari rezeki itu datangnya melalui perniagaan. Sebab itulah rasa atau minat untuk berniaga sebenarnya ada dalam setiap hati.

Baik, sebelum anda memilih perniagaan jenis apa yang anda mahu ceburi, perlu setiap dari kita tahu bahawa di ruang siber, perniagaan boleh di ketegorikan dalam tiga kumpulan. Pertama adalah produk fizikal tidak kira kecil atau besar. Setiap pembelian memerlukan produk tersebut dihantar kepada pembeli secara fizikal. Kedua adalah produk digital. Produk sebegini senang dikendalikan. Ia mungkin sebuah ebuku, lagu, nada dering, atau sebagainya. Ia hanya melibatkan penghantaran kepada pembeli dengan menggunakan medium internet juga.

Kaedah ketiga melibatkan produk dalam bentuk perkhidmatan. Contoh mengendalikan kursus, khidmat nasihat atau sebagainya.
Seterusnya mari kita gunakan sedikit masa untuk menilai semula SWOT yang kita telah sediakan sebelum ini. Sehingga tahap ini, anda pasti sudah pasti dapat  mengenalpasti apa kemahiran dan peluang yang ada dihadapan anda. Setelah selesai memberi perhatian kepada kekuatan (S) dan peluang (O),seterusnya senaraikan:-

-5 hobi atau minat anda mengikut keutamaan dan setiap satunya  anda fikirkan cara untuk menghasilkan duit. Sebagai panduan, saya kongsi contoh untuk mengenal pasti.
“5 S” + “5 O “ = Successed.

No comments:

Post a Comment