Hari ke 24
Siri Coach Usahawan Siber dari 0 hingga Menjadi usahawan siber
Rabu 06/2/2013
12.00
Salam sejahtera saya ucapkan kepada para pengunjung yang bertuah, disini saya ingin mendapatkan maklum balas daripada pembaca sekelian berkaitan proposal yang saya telah sediakan berikut:
Modul kursus
berkaitan Pemasaran Melalui 9 Dimensi
Perniagaan Siber dibangunkan hasil
dari penyelidikan selama dua tahun melalui Grant penyelidikan Perniagaan Siber
oleh Kementerian Pengajian Tinggi (MOHE), kepada saya sebagai Pensyarah Kanan
di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
Pengisian kursus antaranya akan
mendedahkan para peserta bagaimana untuk mengenalpasti produk dan Insyaallah
melalui kursus berkenaan juga para pelajar akan didedahkan bagaimana untuk
mengenalpasti dan mencari barangan di lubuk-lubuk barangan yang murah selain
membimbing mereka mengenalpasti “niche” berdasarkan minat mereka. Jika telah
mengenalpasti produk, bagaimana produk mereka boleh dipasarkan dengan
menggunakan 9 dimensi perniagaan siber merangkumi:
Dimensi
Pemasaran yahoo group / google group
Dimensi
Pemasaran Affiliate
Dimensi
Pemasaran Dropship
Dimensi
Pemasaran Blog
Dimensi
Pemasaran Facebook
Dimensi
Pemasaran Ebay
Dimensi
Pemasaran Mudah.my
Dimensi
Pemasaran di Forum
Dimensi
Pemasaran Tweeter.
Setiap satu
dimensi pemasaran ini menawarkan potensinya yang tersendiri. Ada yang boleh dimulakan
dengan modal RM0.00, ada juga yang boleh dimulakan dengan modal yang amat
minima dan memerlukan set up system automasi untuk membolehkan promosi produk
berlaku di ruang siber secara sendiri 24 x 7.
Pengisian untuk setiap slot boleh
meliputi perkara-perkara seperti:
- slot motivasi perniagaan,
- pengenalan setiap dimensi
perniagaan siber dan bagaimana setiap satunya berfungsi,
- strategi-strategi pemasaran di
ruang siber (contohnya strategi pemasaran di Fb, pemasaran di
blog, strategi pemasaran viral, strategi “cross marketing in multipal
channel”), dan banyak lagi
strategi-strategi pemasaran yang praktikal.
No comments:
Post a Comment