Hari ke 24
Siri Coach Usahawan Siber dari 0 hingga Menjadi usahawan siber
Rabu 06/2/2013
17:00
Perniagaan Siber merupakan satu
cabang perniagaan yang semakin diceburi oleh generasi muda tertapi tidak banyak
diberi perhatian oleh kerajaan. Jika pihak yang berkenaan mengambil peluang ini
untuk menganjurkan Kursus
Pemasaran Produk Melalui 9 Dimensi Perniagaan Siber, akan mendapat perhatian dan akan menjadi peneraju dalam bidang yang masih di abaikan ini.
Dengan teknik
dan strategi berkesan yang akan ditunjukkan, Insyaallah boleh dijadikan panduan
dan petua bagaimana untuk menghasilkan
dengan pelbagai sumber pendapatan tambahan tanpa perlu meninggalkan rumah.
Ilmu berkaitan
Perniagaan Siber Insyaallah mampu membantu para pelajar agar dapat menghasilkan
pendapatan tambahan hanya dengan berada dalam talian selama satu-dua jam
sehari. Dengan teknik dan strategi berkesan yang akan ditunjukkan, Insyaallah
boleh dijadikan panduan dan petua
bagaimana untuk mencipta pelbagai sumber pendapatan tambahan tanpa perlu
meninggalkan rumah. Penting sekali aktiviti dalam talian ini tidak sekali-kali
akan menganggu tugas dan tanggungjawab hakiki mereka.
Dunia kerjaya
semakin mencabar masa kini. Negara menghasilkan semakin ramai graduan manakala
pasaran kerja yang disediakan oleh pihak kerajaan dan swasta semakin terhad dan
tidak mampu menampung permintaan dari pasaran kerja.
Kos hidup yang
semakin meningkat dalam semua perkara: dari kos pendidikan hinggalah kos sara
hidup seharian semakin menekan para ibubapa dan graduan dalam jagaan
menyebabkan pelbagai usaha dan kerja tambahan terpaksa dilakukan untuk
membolehkan mereka menampong perbelanjaan harian tanggungan mereka.
Para pelajar
pula, sama ada yang masih menuntut di pusat pengajian tinggi atau yang telah
menamatkan pengajian berhadapan dengan tekanan yang hebat untuk mencari kerja
supaya mereka mampu membina rumah tangga sendiri tanpa bergantung kepada
ibubapa.
No comments:
Post a Comment