PETUA UNTUK SENANG SEBAGAI USAHAWAN SIBER
Ketika mengendalikan Coach Perniagaan Siber, saya selalu memberi tahu para
pelajar saya bahawa untuk senang dalam hidup yang serba mencabar ini kita perlu
memilih. Dalam Hidup ini kalau nak
senang Cuma ada 3 cara sahaja:
Cara Pertama merompak bank atau Kedai Emas- Cara ini 99% akan berakhir dengan
kegagalan. Jika pun
anda Berjaya merompak, pihak polis pasti akan dapat
menjejaki anda. (OLEH ITU LUPAKAN CARA INI. JANGANSEKALI-KALI BERNIAT UNTUK MENGGUNAKAN CARA INI. Sekali lagi saya ulang JANGAN SEKALI-GALI ANDA GUNAKAN CARA INI)
Cuba ingat balik ketika kita masih kanak-kanak, kita terbaring dalam buai. Apa yang kita lakukan
ketika itu adalah kita memerhatikan dan meneliti
persekitaran kita. Manakala ketika kita hampir akan meninggal dunia, orang ramai di
sekeliling kita akan cuba mengajar kita mengucap.
Apapun percayalah tidak rugi mereka yang menuntut ilmu, kerana Allah akan menganugerahkan
rezeki kepada hambanya. Oleh itu tuntutlah ILMU DUNIA di samping
ILMU AKHIRAT.
Cara ketiga untuk senang adalah dengan cara menceburi bidang perniagaan. Untuk
berniaga pula
banyak perkara yang perlu diambil kira. Soal Modal Pusingan,
Soal perbelanjaan hidup, Kos tetap, Kos sewa ruang pejabat, kos operasi dan
sebagainya. Hadis Nabi, ada menyatakan bahawa 9/10 dari rezeki datangnya
melalui perniagaan. Oleh itu yakinlah untuk menceburi perniagaan.
Sebagai Coach anda, saya cadangkan anda tidak perlu berhenti dari kerjaya
sepenuh masa anda. Anda
boleh terus berkerja atau belajar atau teruskan lakukan apa
sahaja apa yang anda sudah komited untuk lakukan. Ceburi perniagaan secara
sambilan. Ceburi bidang perniagaan siber. Jadilah usahawan siber.
Rata-rata orang ramai mempunyai talipon canggih bersama mereka. Sebagai Coach saya
ingin berkongsi dengan anda bagaimana anda boleh memenafaatkan gadget canggih anda
dan mula menjadi usahawan siber secara sambilan.
No comments:
Post a Comment