PETUA UNTUK SENANG SEBAGAI USAHAWAN SIBER


Salam Sejahtera dan selamat datang ke laman blog http://perniagaansiber.blogspot.com izinkan saya menjadi COACH anda dalam perjalanan anda menjadi USAHAWAN SIBER.

SEDIKIT MENGENAI SAYA
Saya merupakan seorang Pensyarah Kanan di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
Saya mempunyai lebih 26 tahun pengalaman Kerja termasuk 10 tahun menjadi Pensyarah. Kini berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan di University Tunku Abdul Rahman (UTAR)
Skop kepakaran saya lebih menjurus kepada Usahawan Siber/ Usahawan Internet.
Perkhidmatan COACHING saya tawarkan bertujuan untuk mengembangkan hasil dari kerja-kerja penyelidikan dalam Perniagaan Siber yang saya telah lakukan.
Saya akan kongsikan lubuk-lubuk rahsia di internet dan teknik serta strategi untuk menjalankan perniagaan di ruang siber. Untuk Berjaya anda hanya perlukan LUCK + HARD WORK + RIGHT ATTITUDE = SUCCESSFUL USAWAN SIBER.

Anda tentukan sendiri apa yang anda mahu. Untuk meledakkan potensi anda, saya juga menawarkan perkhidmatan RESET MINDA USAHAWAN DAN LEDAKKAN POTENSI DIRI.

Friday, 18 January 2013

Hari ke 13 Jumaat 18/1/2013 Coach journal dari 0 hingga menjadi Usahawan 12:00


Hari ke 13 Jumaat 18/1/2013 Coach journal dari 0 hingga menjadi Usahawan
12:00

Sebarkan Bahan Anda Dengan Viral Marketing.

Apa itu viral marketing. Istilah mudahnya pemasaran viral adalah pemasaran dengan cara membawak mulut. Kita hebahkan kepada rakan-rakan atau orang yang kita kenali mengenai barangan yang kita jual. Viral begini merupakan viral yang positif. Kita hebahkan maklumat mengenai sesuatu produk berkenaan kepada rakan-rakan, sahabat handai dengan menggunakan teknologi, internet, komunikasi dan sebagainya.

Kaedah paling pantas untuk mendapatkan publisiti adalah dengan cara tawarkan produk dengan hak untuk mencetak dan mengedar semula. Cara ini ada pro dan kontranya. Positifnya kerana bahan ebuku percuma kita boleh disebarkan secara meluas dan sudah tentu untuk mendapatkan ebuku percuma, mereka sebagai pengguna perlu menyatakan alamat email mereka.

Dari segi berita buruknya pula cara ini menghampiri spamming. Jika cara kita mengumpul email, pasti ada kecendrungan kita untuk membuat “email blasting”.

Jika anda hendak lihat kekuatan Viral Marketing, cukup jika saya sebutkan di sini LISTEN!, LISTEN!, LISTEN!.LISTEN!.
Jika anda tidak faham dengan maksud tulisan saya di atas, bermakna anda mungkin terlena seminggu ni tampa membaca melayari internet, hingga tak tahu apa isu yang HOT di Dunia Maya minggu ini. itulah kekuatan Viral Marketing.

Jika masih ada yang tidak dapat tangkap apa isu sebenarnya... sila email saya di  perniagaansiber@gmail.com saya akan jawab email anda dengan kadar segera. Bayangkan jika isu di dalam video klip berkenaan adalah mengenai anda atau produk anda.., anda atau produk anda akan menjadi terkenal "Overnight". Berbalik kepada isu LISTEN!, LISTEN!, LISTEN!, Ms Bavani telah mendapat Viral publisiti yang positif manakala Kak Pah kita telah mendapat Viral Prubisiti yang negatif.

Sekian untuk waktu ini dan jumpa lagi dalam terbitan pulul 5.00 petang untuk ulang kaji mengenai  Usahawan Siber. Jangan lupa baca kerana anda mungkin belum membaca rencana tersebut. Siri  ke 14 pada hari Isnin nanti. Sekian

Kursus usahawan siber yang bernilai RM $$$$$$ dalam ertikata nilai ILMU dan KEPAKARAN akan diberikan kepada anda dengan kadar yang sangat minima dan termurah di pasaran. Jika diikutkan kami ingin memberikan kursus percuma kepada anda. Tertapi kerana kos penyewaan ruang untuk mengendalikan kursus dan kos makan minum serta bahan-bahan kursus menyebabkan kami terpaksa mengenakan sedikit bayaran untuk mengendalikan kursus. Sebagai balasan, kami akan pulangkan kepada anda dalam bentuk pemberian-pemberian bernilai RM 500 dan coaching sehingga anda mampu membuat RM1,000.00 pertama anda.  Anda boleh dapatkan maklumat lanjut serta panduan untuk mendaftar di www.perniagaansiber.com.my/products. Anda akan didedahkan dengan 9 dimensi perniagaan siber serta panduan untuk memasarkan produk anda dengan menggunakan saluran promosi yang berbeza.

Jangan lupa, seperti yang dijanjikan mulai 1/1/13 saya telah  mulakan perkongsian ilmu dari “0” hingga menjadi Usahawan Siber. Setiap hari akan ada 3 terbitan

Terbitan jam 7.00 dan 12.00 adalah perkongsian ilmu dari “0” hingga menjadi Usahawan Siber.
Terbitan jam 17.00 atau 5.00 adalah merupakan perkongsian ilmu umum mengenai perniagaan siber.

No comments:

Post a Comment