PETUA UNTUK SENANG SEBAGAI USAHAWAN SIBER


Salam Sejahtera dan selamat datang ke laman blog http://perniagaansiber.blogspot.com izinkan saya menjadi COACH anda dalam perjalanan anda menjadi USAHAWAN SIBER.

SEDIKIT MENGENAI SAYA
Saya merupakan seorang Pensyarah Kanan di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
Saya mempunyai lebih 26 tahun pengalaman Kerja termasuk 10 tahun menjadi Pensyarah. Kini berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan di University Tunku Abdul Rahman (UTAR)
Skop kepakaran saya lebih menjurus kepada Usahawan Siber/ Usahawan Internet.
Perkhidmatan COACHING saya tawarkan bertujuan untuk mengembangkan hasil dari kerja-kerja penyelidikan dalam Perniagaan Siber yang saya telah lakukan.
Saya akan kongsikan lubuk-lubuk rahsia di internet dan teknik serta strategi untuk menjalankan perniagaan di ruang siber. Untuk Berjaya anda hanya perlukan LUCK + HARD WORK + RIGHT ATTITUDE = SUCCESSFUL USAWAN SIBER.

Anda tentukan sendiri apa yang anda mahu. Untuk meledakkan potensi anda, saya juga menawarkan perkhidmatan RESET MINDA USAHAWAN DAN LEDAKKAN POTENSI DIRI.

Monday, 7 January 2013

Hari ke 4 Analogi Peperangan Usahawan Siber


Analogi Peperangan Usahawan Siber  Hari 4 7/1/2013  17.00

 

Andaikan  jika anda berperang secara satu lawan satu, agak-agak anda, siapa yang akan menang. Mungkin anda akan menang dan mungkin juga lawan anda akan menang atau mungkin juga kedua-dua anda akan kalah. Tertapi jika anda mempunyai ramai askar dan berlawan dengan musuh. Peluang untuk anda Berjaya adalah lebih cerah kerana anda dibantu oleh tentera yang ramai.

 

Analogi di atas boleh dibawakan dalam perniagaan . anda merupakan ketua didalam perniagaan dan anda dibantu oleh ramai tentera yang terdiri dari. Pelbagai applikasi yang boleh memberikan impak yang maksima dalam perniagaan internet.

 

2.2  Email

Email merupakan satu medium komunikasi yang terpantas dan menjimatkan. Anda boleh mengirim surat dan dokumen beratus muka surat merentas benua hanya dalam beberapa saat. Contohnya anda di Kuala Lumpur ingin mengirim surat yang disertakan laporan kepada prospek di London atau New York boleh anda lakukan dalam beberapa detik sahaja.


 

Selain dari kepantasan dalam mengirim berita melalui email, kos untuk mencetak dokumen tersebut pula akan ditanggung oleh penerima.Saya ambil gmail (www.gmail.com) sebagai rujukan gmail merupakan satu perisian yang “cerdik”. Pasti majority dari anda menggunakan gmail.

 

Jika anda tiada akaun gmail, pastikan anda daftar satu akaun baru. Email boleh membantu kita 1. Menguatkan kos dan masa. 2. Menguruskan email yang diterima. Kita boleh sisihkan mengikut ketegori telah dibaca, telah dilihat, telah dijawab dan sebagainya. Anda cuba gunakan gmail dan lihatlah betapa berfaedahnya ia.

 


 

 

 

2.3 Tweeters

 

Tweeter   www.tweeter.com

Merupakan satu jenis perisin yang semakin diguna ramai untuk membentuk jaringan rangkaian social. Jika anda mendaftar satu akaun tweeter, anda boleh mengirim mesej kepada setiap ahli yang mendaftar menjadi rakan atau pengikut .

.

Twitter merupakan satu bentuk rangkaian sosial dan mikroblog  yang membolehkan pengguna untuk menhantar dan membaca mesej sebagai tweets

tweets merupakan posting dalam bentuk teks iaitu pesanan yang kita ingin kirim sehingga 140 patah perkataan dan akan dipaparkan didepan muka profail seterusnya ianya dihantar secara automatik kepada semua rangkaian yang telah dihubungkan kepada anda yang dikenali sebagai follower.

 

Jadi secara jelasnya Twitter ni seperti blog jugak, tapi dia adalah microblog.. sesuai untuk kita update sesuatu dalam kepala terus ke dalam internet dengan pantas dan ringkas

 

 

3.1.3 Google

 


 

Google merupakan salah sebuah syarikat berasaskan teknologi maklumat di  Amerika Syarikat yang paling terkenal melalui applikasi enjin pencari maklumat di internet.

.

Syarikat Google Inc ditubuhkan secara rasminya pada 7 September 1998. berpusat di Amerika Syarikat. Ia merupakan salah satu mesin pencari yang paling popular di web dan menerima sekurang-kurangnya 200 juta permintaan pencarian setiap hari.

 

Google bermula dari projek penyelidikan dua mahasiswa Ph.D. Universiti Stanford, Larry Page dan Sergey Brin pada awal 1996 yang kemudiannya telah mengembangkan idea  bahawa sebuah mesin carian yang berdasarkan analisis matematik hubungan antara laman-laman web akan memberikan hasil yang lebih baik daripada dengan menggunakan teknik-teknik pencarian asas yang digunakan pada ketika itu.

 

Page dan Brin memutuskan untuk mencuba tesis mereka sebagai sebahagian daripada pengajian mereka - ini menjadi asas bagi enjin carian mereka. Mereka secara rasmi membentuk syarikat mereka Google Inc. pada 7 September 1998.




Sebelum dapat menubuhkan Google, mereka telah melalui proses perbincangan dan perdebatan yang panjang.  Misi Google adalah, "untuk mengumpul maklumat dunia dan menjadikannya boleh diakses secara universal dan berguna.

 

 

Google menjadi popular di antara pengguna Internet kerana konsep reka bentuknya yang sederhana dan ringkas serta memberikan hasil pencariannya yang relevan.

 

Sejak penubuhannya google telah berkembang pesat dan untuk memastikan penguasaan pasaran ia telah mengenalpasti dan membangunkan banyak applikasi-applikasi perniagaan yang boleh kita dapati secara percuma.

 

 

 

 

 

3.2.3 Wikis

 

Wikis atau wikipedia merupakan satu bentuk ensiklopedia yang telah dilancarkan  pada 15 Januari 2001 oleh Jimmy Wales, Larry Sanger, dan beberapa penyumbang bahan dalam bahasa Inggris. Kini ada lebih 13.000 penyumbang aktif yang mengerjakan lebih 12.000.000 bahan dalam lebih dari 250 bahasa dan setiap hari ratusan ribu pengunjung dari seluruh dunia membuat puluhan ribu suntingan dan membuat ribuan artikel baru di Wikipedia berbahasa Inggris.




 Artikel-artikel di Wikipedia merupakan hasil kolaborasi oleh para penyumbang bebas  dari seluruh dunia. Sesiapa sahaja bole menyumbang bahan, memperbaiki, menyunting dan menambahkan bahan hanya dengan mematuhi prosedur yang mudah.



 


Wikipedia telah menjadi satu jenama yang haknya dipegang oleh Wikimedia Foundation, Inc. Wikimedia Foundation juga mempunyai hak kepada produk berasaskan nama wiki seperti:

-Wikiquote

-Wiktionary

-Wikisource

-Wikibooks dan

-Wikinews.

 


2.2.4 Youtube

 

 

Youtube adalah sebuah sebuah laman web video sharing (berbagai video) popular yang ditubuhkan pada Februari 2005. Para pengguna boleh memuatkan, menonton dan berkongsi klip video secara percuma. Umumnya video-video di YouTube adalah klip muzik (video klip), film, TV, serta video buatan para penggunanya sendiri. Format yang digunakan video-video di

 


 


Sedikit fakta mengenai
www.youtube.com


1. Youtube ditubuhkan pada bulan februari 2005 oleh 3 orang bekas pekerja PayPal, iaitu Chad Hurley, Steve Chen dan Jawed Karim.


2. Video awal yang pertama kali di Gambar di Youtube berjudul "Me at The Zoo", memaparkan Jawed Karim di kebun binatang San Diego. Hingga saat ini video tersebut masih dapat disaksikan di youtube.



3. Youtube melancarkan Beta test pada bulan Mei 2005, 6 bulan sebelum official   

    launching yang dilaksanakan pada bulan November 2005


4. Pada bulan july 2006 atau 8 bulan selepas dirasmikan, 65.000 video baru telah di  

    upload ke laman web Youtube setiap hari, dengan purata 100 juta views setiap hari.


5. Pada bulan Oktober 2006, Google Inc. membeli Youtube bernilai 1.65 bilion US $



6. Pada bulan Jun 2008 majalah Forbes memberitakan bahawa pendapatan Youtube  

   selama tahun 2008 dijangka mencapai 200 juta US $



7. Saat ini Youtube menjadi halaman talian Video provider paling dominan di Amerika Syarikat, bahkan mungkin dunia, dengan menguasai 43 peratus pasaran. Dianggarkan 20 Jam durasi video di upload ke Youtube setiap minit dengan 6 bilion views per hari.

 

 

 

Kursus usahawan siber yang bernilai RM $$$$$$ dalam ertikata nilai ILMU dan KEPAKARAN akan diberikan kepada anda dengan kadar yang sangat minima dan termurah di pasaran. Jika diikutkan kami ingin memberikan kursus percuma kepada anda. Tertapi kerana kos penyewaan ruang untuk mengendalikan kursus dan kos makan minum serta bahan-bahan kursus menyebabkan kami terpaksa mengenakan sedikit bayaran untuk mengendalikan kursus. Sebagai balasan, kami akan pulangkan kepada anda dalam bentuk pemberian-pemberian bernilai RM 500 dan coaching sehingga anda mampu membuat RM1,000.00 pertama anda.  Anda boleh dapatkan maklumat lanjut serta panduan untuk mendaftar di www.perniagaansiber.com.my/products. Anda akan didedahkan dengan 9 dimensi perniagaan siber serta panduan untuk memasarkan produk anda dengan menggunakan saluran promosi yang berbeza.
 

Jangan lupa, seperti yang dijanjikan mulai 1/1/13 saya telah  mulakan perkongsian ilmu dari “0” hingga menjadi Usahawan Siber. Setiap hari akan ada 3 terbitan.

 

Terbitan jam 7.00 dan 12.00 adalah perkongsian ilmu dari “0” hingga menjadi Usahawan Siber.

Terbitan jam 17.00 atau 5.00 adalah merupakan perkongsian ilmu umum mengenai perniagaan siber.

No comments:

Post a Comment