9 DIMENSI PERNIAGAAN SIBER
Setiap dari kita
pasti biasa mendengar istilah Usahawan Siber. Ia sinonim dengan aktiviti
perniagaan siber dan menggunakan internet sepenuhnya. Untuk memulakan aktiviti
sebagai usahawan siber amat mudah. Tidak perlu lesen-lesen perniagaan yang
berjenis-jenis dan borang-borang permohonan serta peraturan-peraturan yang
memeningkan kepala.
Lebih penting
dari itu, anda tidak perlu memikirkan mana nak cari modal permulaan untuk
memulakan perniagaan, sewa ruang pejabat, kelengkapan dan perhiasan pejabat dan
pelbagai kos permulaan yang boleh mencecah kos hingga 4-5 angka.
Untuk menjadi
usahawan siber, modal merupakan masaalah yang kecil. Tidak perlu modal beratus
atau beribu. Anda boleh menjadi usahawan siber walaupun hanya dengan modal “RM
0.00”. Ramai usahawan yang telah membuktikan nya. Saya sendiri tidak perlu
mengeluarkan sebarang modal ketika pertama kali memulakan perniagaan siber di
Ebay dan saya mampu membuat keuntungan RM 100.00 .
Selain itu saya
suka kongsikan beberapa contoh dimensi perniagaan siber yang menggunakan
affiliate, perniagaan di Mudah.my, facebook, eBay dan “dropship” semuanya boleh
dilakukan dengan modal antara RM 0.00 – RM 100.00
Dimensi
perniagaan yang saya sebutkan di atas mungkin asing bagi sebahagian dari kita. Tidak
mengapa. Jika anda ikuti blog Coach Usahawan Siber di www.perniagaansiber.blogspot.com
dan www.facebook.com/pages#!/Cyberbiz_Training_Consultancy.
Selain itu anda boleh lawati laman web www.perniagaansiber.com.my untuk
mendaftar diri anda dan maklumat lanjut mengenai jadual kursus yang terdekat.
Facebook dan
Blog akan kami gunakan untuk sentiasa berkongsi pelbagai maklumat berkaitan
keperluan mental dan fizikal untuk menjadi usahawan siber. Tidak kira siapa
anda. Anda seorang penanam anggur (Penganggur). Anda seorang surirumah. Anda
seorang graduan yang masih belajar ataupun yang baru sahaja menamatkan
pengajian. Atau anda seorang kakitangan swasta ataupun kakitangan swasta yang
dikelilingi hutang. Anda seorang anggota beruniform atau siapapun anda. Jika anda
mempunyai gadget-gadget canggih yang boleh menghubungkan anda dengan Internet.
Anda layak dan perlu memulakan perniagaan siber. Jangan sia-siakan peralatan
canggih ditangan. Menafaatkannya sepenuhnya.
No comments:
Post a Comment