Hari ke 17 Siri
Coach Usahawan Siber dari 0 hingga Menjadi usahawan siber
Jumaat 25/1/2013
07:00
Salam semua, selepas kita bercuti sehari semalam
sempena hari keputraan Junjungan Besar Rasulullah SAW, kita sambung semula
tulisan terakhir hari ke 16 Rabu siaran jam 17:00
Add Fan/ Follower/links.
Kita boleh
gunakan fungsi ini untuk menambah bilangan ahli ke facebook. Sebelum kita boleh
menyenaraikan mereka sebagai ahli kita, terlebih dahulu kita perlu menyediakan
muka khas di panggil “Landing Page”. Di “Landing Page kita boleh menyenaraikan
manafaat yang orang ramai akan dapat jika menyertai facebook kita.
Untuk membuat
“Langing Page”:
·
Di ruangan enjin
pencari taipkan FBML
·
Ikut langkah demi
langkah proses untuk membina “Landing Page”.
Connect.
Berintraksilah dengan
rakan-rakan dan follower anda. Kemukakan isu dan galakkan respond. Respond
dengan soalan yang follower anda poskan di Facebook anda. Selalulah lontarkan
soalan-dan isu dalam bentuk “open ended”, supaya dapat menarik respond dari
orang ramai.
Kongsikan juga
maklumat-maklumat dan fakta-fakta menarik yang bersesuaian dengan objektif
facebook anda diujudkan. Untuk mengemaskini Facebook, gunakan fungsi “auto
display”. Apa yang kita post di blog kita akan juga dipaparkan di Facebook
secara automatik.
Gunakan
kemudahan “Notes”. Pergi ke ruangan “Notes”. Tulis catatan anda dan import URLs
ke laman web dan juga ke blog anda.
Experience.
Sedar atau tidak
Facebook boleh digunakan sebagai asas untuk membina jenama anda sendiri. Apa
kemahiran dan skil anda. Apa yang anda suka lakukan dan apa yang anda mahu
lakukan.
Jawapan anda
untuk segala soalan di atas boleh digunakan sebagai asas untuk membina jenama.
Fikirkan logo, warna, aksi atau apa sahaja boleh digunakan untuk membina
jenama. Kenal pasti sesuatu untuk diwar-warkan kepada orang ramai secara
berulang kali. Lama-kelamaan ia akan menjadi jenama anda.
Contohnya saya
menggunakan perkataan “coach usahawan siber” dan gambar saya sebagai subjek
untuk membina jenama saya.
Baik jika kita
gunakan gambar dan rakaman video yang sesuai sebagai bahan untuk membina
jenama. Prinsipnya mudah sahaja. Semakin ramai orang “like” dan menjadi
follower kita, maka semakin berjenamalah kita.
No comments:
Post a Comment