Hari ke 16 Siri
Coach Usahawan Siber dari 0 hingga Menjadi usahawan siber
Rabu 23/1/2013
17:00
Pemasaran
Dengan Face Book.
Salam
semua, selamat bertemu lagi . Tulisan untuk terbitan jam 17.00 hari ini akan
membincangkan satu lagi saluran pemasaran iaitu pemasaran menggunakan Facebook.
Panduan pemasaran dengan Facebook akan disiarkan dalam empat penerbitan
berturut-turut iaitu siri pertama akan disiarkan hari ini jam 17.00 diikuti
dengan siri 2 akan diterbitkan pada hari Jumaat 25/1/2013 untuk siaran jam
7.00, 12.00 dan siaran jam 17.00.
Para
pembaca mungkin tertanya kenapa tiada siaran/terbitan pada hari Khamis.
Sebabnya Khamis adalah cuti umum. Begitu juga dengan hari Isnin depan juga tiada siaran
kerana cuti umum. Saya hendak gunakan masa cuti umum untuk merehatkan jari-jari
yang penat menaip di komputer.
Baik kita
mulakan perbincangan kita. Jika ditanya kepada 10 orang, siapa yang mempunyai akaun Facebook, pasti
hampir kesemuanya dengan bangga akan mengaku memiliki akaun Facebook. Mempunyai
akaun rangkaian sosial seperti Facebook merupakan satu fenomena. Timbul rasa
malu jika tidak mempunyai akaun Facebook.
Apa itu F.A.C.E.B.O.O.K
Kita boleh meringkaskan Facebook
sebagai:
F – Fan page
A – Add fans
C – Connect
E – Experience
B – Buy ads
O – Offer promotion
O – Online mobile
K – Keep Updating
Kombinasi kelapan-lapan elemen di
atas jalan dimenafaatkan sepenuhnya, akan memberikan impak yang sangat memberangsangkan.
Sangat penting untuk kita terus belajar dan mengambil tahu semua fungsi yang
terdapat dalam Facebook.
Tidak mustahil seseorang yang
mempunyai pendapatan di bawah RM 1,500 sebulan hasil jawatan yang disandangnya,
mampu menghasilkan pendapatan sampingan antara RM 3,000 – RM 5,000 sebulan.
Hanya dengan strategi yang betul dan sistem yang sesuai, laman Facebook akan membantu menjana pendapatan tambahan untuk anda dengan sendirinya.
Jika anda. seorang pelajar, wang saku
anda pasti hanya cukup-cukup untuk menampong pelajaran di university. Akaun
Facebook anda jika diuruskan dengan betul, akan mampu membantu anda menjana
pendapatan hingga ribuan ringgit.
Melalui ruangan yang sempit ini, saya
ingin kongsikan lebih lanjut dengan anda mengenai Facebook yang merupakan
medium pemasaran sosial yang paling popular ketika ini.
FAN PAGE
Di ruang siber, tidak ada
limitasi berapa ramai rakan follower
yang anda boleh daftarkan untuk
menghasilkan Fan page. Cara untuk
menghasilkan Fanpage mudah sahaja;
-
-
-
ruangan enjin pencari.
Setalah menjumpainya, kita “Add”
-
Kita akan mempunyai
“inbox”
Melalui fanpage kita tiada had
menalan. Kita boleh hubungi semua kenalan yang menjadi “follower” kita melalui
inbox (fingsinya sama seperti email broadcast). Kita juga boleh menjejak
pengguna dan intraksi yang berlaku di Facebook kita dengan menggunakan fungsi “Insight”.
Fungsi insight sangat sangat bagus untuk kita mengetahui trafik ke
Facebook kita.. Kita juga boleh Klik kepada maklumat statistik pelawat yang
datang untuk mengetahui secara terperinci latar belakang setiap dari mereka.
No comments:
Post a Comment