Hari ke 17 Siri
Coach Usahawan Siber dari 0 hingga Menjadi usahawan siber
Jumaat 25/1/2013
17:00
Salam dan kita bertemu lagi. ini merupakan siri tulisan terakhir untuk panduan pemasaran menggunakan Facebook.
Online Mobile.
Dengan adanya gadget-gadget seperti Iphone,
Blackberry,Ipad dan lainnya, kita boleh sentiasa online. Kita boleh selalu
mengemaskini status dan membuat posting ke pelbagai platform maya dengan
beberapa klik yang mudah. “Fanpage” di Facebook kita dalah milik kita, maka
kita perlu sentiasa mengemaskini dengan informasi-informasi terkini agar
sentiasa dinanti-nanti oleh “follower” kita.
Kita juga perlu
pandai mengurus masa. Sediakan jadual untuk mengemaskini platform maya kita.
Sebagai panduan dalam sehari kita perlu membuat sekurang-kurangnya tiga
pengemaskinian samaada di Facebook,
tweeter atau Blog. (Ingat lagi setiap update di satu medium akan dipaparkan
juga di medium yang lain).
Kita juga perlu
respond kepada posting-posting yang telah dibuat oleh pengikut kita. Setiap
pengemaskinian yang kita buat akan diterima oleh setiap ahli yang menjadi
pengikut kita.
Keep Updating.
Pastikan kita
kemaskini Facebook dan media sosial yang lain secara berterusan agar
kandungannya sentiasa hangat dan memikat. Posting kita perlulah sentiasa
terpapar di laman-laman pengikut kita. Biar kita sentiasa di minda mereka.
Kegagalan kita untuk mengemaskini laman Sosial, lama-lama akan menghilangkan
perhatian “follower” kita. Mereka tidak lagi ingat akan kita.
Posting juga
perlulah dibuat di sela waktu yang berbeza supaya kita dapat menyasarkan
kumpulan ahli yang berbeza-beza. Secara tidak langsung ini akan membantu kita
menambah follower kita.
Seperkara lagi
andainya kita rasa tiada bahan untuk ditulis, jangan panic. Kita masih boleh
ulang siar bahan-bahan yang telah pernah kita siarkan. Kita Cuma perlu ubahsuai
maklumat yang ada supaya sesuai dengan keadaan. Selain itu kita juga boleh
gunakan bahan dari sumber-sumber lain di Facebook kita. Umpamanya bahan-bahan
yang telah disiarkan di blog atau media social orang lain.
Sekian dahulu dan Insyaallah kita akan
bertemu kembali hari Selasa untuk siaran hari ke 18. Saabtu dan Ahad tiada
siaran….harap maklum. Sekian
No comments:
Post a Comment