Hari ke 16 Siri
Coach Usahawan Siber dari 0 hingga Menjadi usahawan siber
Rabu 23/1/2013
07:00
Salam semua
kita bertemu lagi untuk hari ke 16 siri coach usahawan siber untuk siaran
pertama, jam 7.00 pagi. Kita sambung perbincangan kita dari perbincangan lepas.
Setiap ebuku yang ada hendaklah dipromosikan mengikut pelbagai cara yang telah
dibincangkan sebelum ini. Setiap satunya ada putaran keberkesanannya sendiri.
Anda boleh terus gunakan strategi yang ditunjukkan sehingga anda dapati kadar
maklum balas yang anda terima menjadi semakin berkurangan.
Setelah
siapkan segala keperluan anda perlu fikirkan cara terbaik untuk mengumpul
email. Berikut ini saya ingin bincangkan cara berkesan untuk mengumpul email
yang berkesan.
Email
autoresponder sangat berkesan untuk membina pangkalan data. Katakana dalam
sehari kita terima 100 pelawat. Dari 100 pelawat kita dapat menghasilkan 2
pembeli. Manakala dari baki 98 % pengunjung, 20 % daripada mereka mendaftar
dengan kita dan memberikan alamat email mereka secara sukarela.
Mari kita
buat pengiraan metamatik yang mudah. Katakan:
Dalam
sehari kita dapat mengumpul 20 email secara sukarela.
Dalam 30
hari kita akan dapat mengumpul 20 email x 30 hari = 600 email.
Dalam 360
hari, kita akan dapat mengumpul 600email x 12 bulan = 7200 email.
Jika kita
giatkan strategi promosi kita, tidak mustahil kita akan dapat melipat gandakan
pangkalan data kita.
Sekarang
mari kita lihat dari segi jualan pula kesan dari promosi melalui email yang
diterima secara berturut-turut. Lihat matematik mudah berikut:
Jumlah
jualan secara langsung dalam sehari melalui 100 pelawat = 2 jualan.
Maka dalam
sebulan kita dapat 60 jualan.
Katakan
hasil jualan dari promosi email dalam sebulan minima kita anggarkan 4% dari 600
email = 24 jualan. Jumlah jualan hasil dari kedua-dua activity jualan tersebut
adalah 60 + 24 = 84 jualan sebulan. Jika marjin jualan anda adalah sebanyak
RM20. Maka dalam sebulan anda mendapat margin keuntungan 84 jualan x RM 20 = RM
1,680.00. berbaloi kan . ini hanya berdasarkan anggaran minima. Jika anda
giatkan promosi dan produk yang anda jual mendapat permintaan ramai. Maka anda
boleh fikirkan sendiri berapa keuntungan yang anda ingin dapat. Keberkesanan
jualan melalui email promosi bergantung rapat kepada keberkesanan system
autoresponder.
Fungsi
Broadcast- email yang kita kirim secara bersiri kepada semua penerima hendaklah
mempunyai kepala surat yang sama dan akan diterima oleh para ahli yang
berdaftar dengan kita secara serentak.
Fungsi
Follow up- untuk follow up yang berkesan, kita perlulah menyediakan 5-7 email
dan kirimkan mengikut hari-hari tertentu. Kita lihat satu contohnya follow up
yang berkesan. Sediakan siri email untuk 14 hari, aturkan email yang akan kita hantar secara bersiri.
Mengapa secara bersiri. Sebabnya adalah email yang dikirim lebih dari 6 kali
akan menghasilkan apa yang dikenali sebagai “the 6 click effect”. Ia akan
membuatkan minda bawah sedar kita akan terpengaruh untuk membuat pembelian.
Sekian
dahulu dan kita jumpa lagi melalui terbitan jam 12.00 nanti.
No comments:
Post a Comment