Hari ke 15 Siri
Coach Usahawan Siber dari 0 hingga Menjadi usahawan siber
Selasa 22/1/2013
17:00
Ada satu kisah
menarik ingin saya kongsikan dengan anda. Satu contoh bagaimana email promosi
telah memberikan kesan positif dan menghasilkan kejayaan yang sungguh
membanggakan sebagai seorang penjual kereta.
Jo Girard
mempunyai satu sikap yang positif dan penuh teruja ketika melayan para
pelanggannya. Beliau akan bermanis muka dan meringan kan mulut untuk bertanya
mengenai latar belakang pelanggan atau pengunjung walaupun mereka dating
sekadar untuk melihat-lihat kereta yang terdapat di ruangan galeri pameran.
Tidak cukup
setakat itu pergi lebih jauh dengan mencatatkan maklumat-maklumat peribadi adik
beradik dan anak-anak para pelawat yang dating. Beliau berpegang kepada tiga
slogan unik yang ditanamkan dalam jiwanya:
1. Constant Contact
2. Constant
Follow up
3. Constant
Reminder.
Beliau selalu
menggunakan kad peringatan untuk mengirim kad-kad ucapan: tahun baru, kad
ucapan ulang tahuj perkahwinan dank ad-kad ucapan untuk berbagai jenis perayaan
lagi. Fikirkan jika kita menerima pelbagai jenis kad ucapan dari seorang
jurujual kereta. Siapa yang kita akan cari jika kita, anak-anak kita merancang
untuk membeli sebuah kereta . Selain itu jika rakan-rakan kita meminta nasihat
sebelum mereka membeli sebuah kereta.
Pasti kita akan
membawa mereka kepada jurujual yang kita kenal (yang selalu mengirim kad ucapan
kepada kita). Begitulah yang berlaku kepada Joe Girard. Dengan hanya melabur tidak sampai seratus dollar,
beliau boleh mendapat hasil komisyen
jualan beberapa ratus dollar.
Jika pakcik Joe
Girrard boleh buat mengapa tidak kita. Pasti kita juga boleh berjaya jika kita
mahu menggunakan kaedah yang beliau telah praktikkan. Bezanya, jika dahulu pakcik Joe menggunakan
kad peringatan secara manual untuk menguruskan prospeknya, kini kita menggunakan system email yang canggih
untuk mengurus dan mengikat para prospek.
Satu peringatan,
jangan sekali-kali menyalah gunakan system email. System email percuma yang
kita gunakan sekarang memang canggih
kita boleh mengumpul beribu-ribu email setiap hari tertapi kita tidak boleh
menyalah gunakannya kerana jika kita mengirim berpuluh-puluh email dalam satu
masa, system email yang canggih akan menglasifikasikan email kita sebagai spam
dan email kita akan terus di hantar ke trash. Siapa di antara kita yang suka
membaca email di folder spam.
Email yang terkumpul di folder trash atau
spam, jangan di buang. Ia ada gunanya. Jika anda memerlukan idea untuk menyediakan
bahan promosi. Folder sebeginilah tempatnya untuk anda memulakan mencari bahan
untuk membuat iklan mempromosikan produk anda.
No comments:
Post a Comment