Ini merupakan sambungan dari tulisan yang bertajuk Rezeki Ada Dimana-mana yang telah diterbitkan di blog ini pada jam 7.30 pagi pada 26/12/2012. Bidang perniagaan siber saya pecahkan kepada 9 dimensi perniagaan siber (Setakat ini). Di masa depan sesuai dengan keperluan, saya akan pecahkan dimensi perniagaan siber kepada lebih banyak dimensi. untuk masa ini cukup jika kita setuju bahawa 9 dimensi perniagaan siber terdiri dari:
- Dimensi
Pemasaran Affiliate
- Dimensi
Pemasaran Email
- Dimensi
Pemasaran Dropship
- Dimensi
Pemasaran Blog
- Dimensi
Pemasaran Facebook
- Dimensi
Pemasaran Ebay
- Dimensi
Pemasaran “Sales Letter”
- Dimensi
Pemasaran di Mudah.my
- Dimensi
Pemasaran Laman web.
Setiap satu
dimensi pemasaran ini menawarkan potensinya yang tersendiri. Ada yang boleh
dimulakan dengan modal RM0.00, ada juga yang boleh dimulakan dengan modal yang
amat minima. Kita perlu terus belajar untuk mengetahui setiap dimensi ini dan bagaimana untuk memanipulasi segala dimensi pemasaran ini agar boleh menghasilkan impak yang maxima.
Yang pasti, dunia kerjaya semakin mencabar masa kini. Negara menghasilkan semakin ramai graduan manakala pasaran kerja yang disediakan oleh pihak kerajaan dan swasta semakin terhad dan tidak mampu menampung permintaan dari pasaran kerja.
Para anak-anak pula, samaada yang masih menuntut di pusat pengajian tinggi atau yang telah menamatkan pengajian berhadapan dengan tekanan yang hebat untuk mencari kerja supaya mereka mampu membina rumah tangga sendiri tanpa bergantung kepada ibubapa.
Pengisian untuk setiap slot boleh
meliputi perkara-perkara seperti:
- slot motivasi perniagaan,
- pengenalan setiap dimensi
perniagaan siber dan bagaimana setiap satunya berfungsi,
- strategi-strategi pemasaran di
ruang siber (contohnya strategi pemasaran di Fb, pemasaran di
blog, strategi pemasaran viral, strategi “cross marketing in multipal
channel”), dan banyak lagi
strategi-strategi pemasaran yang praktikal.
Insyaallah melalui slot berkenaan
juga para pendengar akan didedahakan bagaimana untuk mengenalpasti dan mencari
barangan di lubuk-lubuk barangan yang murah selain membimbing mereka
mengenalpasti “niche” berdasarkan minat mereka. Para pendengar juga boleh
mendapatkan bimbingan berterusan melalui posting di laman web: www.perniagaansiber.com.my,
posting di blog di www.perniagaansiber.blogspot.com
dan berintraksi untuk mendapatkan penerangan dan bimbingan di Fb http://www.facebook.com/mohdnizam.badaruddin. Disamping membantu para pendengar
mengenalpasti kemuskilan dalam menceburi perniagaan siber.
Kelebihan Menjalankan Perniagaan Siber.
Ø Modal permulaan yang kecil jika dibandingkan dengan perniagaan konvensional yang lain.
Ø Pelanggan yang tidak terhad. Setiap pengguna internet
berpotensi untuk menjadi pelanggan anda
Ø Tidak perlukan ruangan pejabat yang khusus. Anda boleh
jalankan perniagaan walau dari kamar tidur.
Ø Kemudahan internet dan automasi sepenuhnya. Anda tidak akan
kehilangan pelanggan kerana setiap pelanggan akan diuruskan dengan sistem
automasi sepenuhnya.
Ø Promosi produk adalah menyeluruh dan murah berbanding dengan
cara perniagaan yang lain
No comments:
Post a Comment