PETUA UNTUK SENANG SEBAGAI USAHAWAN SIBER


Salam Sejahtera dan selamat datang ke laman blog http://perniagaansiber.blogspot.com izinkan saya menjadi COACH anda dalam perjalanan anda menjadi USAHAWAN SIBER.

SEDIKIT MENGENAI SAYA
Saya merupakan seorang Pensyarah Kanan di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
Saya mempunyai lebih 26 tahun pengalaman Kerja termasuk 10 tahun menjadi Pensyarah. Kini berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan di University Tunku Abdul Rahman (UTAR)
Skop kepakaran saya lebih menjurus kepada Usahawan Siber/ Usahawan Internet.
Perkhidmatan COACHING saya tawarkan bertujuan untuk mengembangkan hasil dari kerja-kerja penyelidikan dalam Perniagaan Siber yang saya telah lakukan.
Saya akan kongsikan lubuk-lubuk rahsia di internet dan teknik serta strategi untuk menjalankan perniagaan di ruang siber. Untuk Berjaya anda hanya perlukan LUCK + HARD WORK + RIGHT ATTITUDE = SUCCESSFUL USAWAN SIBER.

Anda tentukan sendiri apa yang anda mahu. Untuk meledakkan potensi anda, saya juga menawarkan perkhidmatan RESET MINDA USAHAWAN DAN LEDAKKAN POTENSI DIRI.

Wednesday, 2 January 2013

Hari 1 Journal 0 hingga usahawan siber Bahagian 2


Hari 1 Journal 0 hingga  usahawan siber  Bahagian 2 Terbitan 12.00 

Masih ingat lirik lagu ini:

“…jika kau fikirkan kau boleh!!!, kau pasti boleh melakukan…”.

Anda sendiri perlu RESET minda anda. Fikirkan betapa betuahnya anda dapat peluang untuk mengikuti tulisan ini secara percuma.


Fikirkan:

1.     Berapa ramai  lagi orang yang terjebak dalam situasi  seperti anda atau situasi yang lebih teruk lagi tidak berpeluang untuk mendapatkan bimbingan.

2.     Betapa ramai orang yang terpenjara dalam kerjaya yang menjadikan mereka menderita, tidak meminati dengan pekerjaan yang dilakukan, dan terperangkap dengan pekerjaan rutin yang mengikat mereka 9.00 – 5.00 setiap hari. Sudahlah gaji tak sebeberapa, 1/3 dari 24 jam sehari anda habis begitu sahaja. Hendak keluar dari rutin ini anda tidak berani kerana tiada kepastian mengenai kedudukan kewangan anda dan mengenai esok hari.

3.     Anda terpaksa menghabiskan 1-2 jam lagi setiap hari di dalam pengangkutan awam untuk berulang alik antara tempat kerja dan rumah. Di tangan anda ada gadget canggih yang hanya menjadi peneman anda untuk anda gunakan untuk melayari Fb atau mendengar muzik.

4.      Anda lihat ramai orang disekeliling anda memakai pakaian yang berjenama, eksessori yang menarik malah berkerata mewah. Gaya hidup seperti orang berada. Anda sekadar boleh memasang angan-angan sahaja kerana tidak mampu untuk mengikut gaya hidup sebegitu.

Jika anda terperangkap dalam situasi di atas, jangan merasa gundah gulana. Mari kita mulakan dari “0”. Mulakan langkah pertama . anda tidak perlu menukar kerja lain dan… dan seterusnya terpenjara dalam situasi yang sama sekali lagi kemudiannya.

Kita gunakan peluang untuk memilih sesuatu yang kita benar-benar enjoy lakukan. Dari SWOT yang anda telah analisa sebelum ini, kenal pasti sesuatu aktiviti yang anda benar-benar suka lakukan Anda tidak perlu risau akan kegagalan kerana bukankah anda memang sudah berada dalam situasi yang teruk dan berada dalam ketidakpastian.

Apalagi situasi yang lebih teruk yang akan berlaku kepada anda. Tidak!!!, anda tidak rugi apa-apa jika anda membuat keputusan untuk berubah. Oleh itu, ayuh mari kita maju kehadapan. Lakukan apa yang anda akan dan mampu lakukan dengan penuh semangat .
 

Kursus usahawan siber yang bernilai RM $$$$$$ dalam ertikata nilai ILMU dan KEPAKARAN akan diberikan kepada anda dengan kadar yang sangat minima dan termurah di pasaran. Jika diikutkan kami ingin memberikan kursus percuma kepada anda. Tertapi kerana kos penyewaan ruang untuk mengendalikan kursus dan kos makan minum serta bahan-bahan kursus menyebabkan kami terpaksa mengenakan sedikit bayaran untuk mengendalikan kursus. Sebagai balasan, kami akan pulangkan kepada anda dalam bentuk pemberian-pemberian bernilai RM 500 dan coaching sehingga anda mampu membuat RM1,000.00 pertama anda.  Anda boleh dapatkan maklumat lanjut serta panduan untuk mendaftar di www.perniagaansiber.com.my/products. Anda akan didedahkan dengan 9 dimensi perniagaan siber serta panduan untuk memasarkan produk anda dengan menggunakan saluran promosi yang berbeza.
 

Jangan lupa, seperti yang dijanjikan mulai 2/1/13 iaitu hari inilah saya akan mulakan perkongsian ilmu dari “0” hingga menjadi Usahawan Siber. Setiap hari akan ada 3 terbitan.

Terbitan jam 7.00 dan 12.00 adalah perkongsian ilmu dari “0” hingga menjadi Usahawan Siber.

Terbitan jam 17.00 atau 5.00 adalah merupakan perkongsian ilmu umum mengenai perniagaan siber.

 

No comments:

Post a Comment