Pantang
Larang Usahawan Siber.
Ingat!!!
·
Perniagaan Siber bukannya
skim jualan langsung dan ia tiada kena mengena dengan skim jualan langsung yang
menggunakan internet.
·
Perniagaan Siber juga
bukannya skim cepat kaya. Ia merupakan satu bentuk perniagaan yang memberikan
kejayaan jika anda berusaha dengan
teknik yang betul supaya hasil yang kita akan terima akhir nanti berbaloi.
·
Perniagaan
Siber merupakan satu
perniagaan biasa sepertimana perniagaan lain yang sedia ada.
Bezanya perniagaan ini menggunakan kuasa
internet sepenuhnya untuk mendapatkan lebih ramai pelanggan dan menghasilkan
perniagaan.
·
Perniagaan
Siber tidak menjanjikan kekayaan tertapi ia menjanjikan
peluang. Jika tidak mencuba, pasti tidak
akan berjaya tetapi jika anda mencuba, ada kemungkinan untuk anda Berjaya. Ini
telah terbukti kerana ramai yang telah
berjaya kerana berusaha. Oleh itu mengapa tidak anda juga menceburinya.
·
Perniagaan
Siber tidak memerlukan modal yang besar untuk memulakannya
tertapi ia menjanjikan pulangan dari modal
(ROI) lebih besar Anda boleh lakukan apa yang diistilahkan sebagai
“Reenter the market”. Maksudnya jika anda gagal dalam usaha anda kali pertama, anda boleh memulakan semula perniagaan tanpa halangan modal kerana ia tidak
memerlukan modal yang besar.
·
Dalam Perniagaan Siber, kejayaan tidak datang bergolek. Anda perlu terus
mempelajari pelbagai teknik promosi yang berinovasi dari mereka-mereka yang
telah lebih dahulu menjadi usahawan siber . Belajar dari mereka. Untuk Berjaya
sebagai usahawan internet, anda perlu banyak bertanya dan mambaca.
Tingkatkan penyertaan anda dengan
mempelajari teknik-teknik promosi yang dinamik di ruang siber.
·
Jika anda sangsi dan
takut untuk memulakan langkah pertama untuk menceburi perniagan internet maka
lupakan Perniagaan Siber ini. Ia tidak
sesuai untuk anda. Anda tunggu sahaja dan lihat orang lain menikmati hasil dari
usaha halal mereka.
Kajian yang dijalankan ke atas www.lelong.com.my menunjukkan di Malaysia telah berlaku peningkatan pengguna ke laman web peniaga
dari 45 peratus sehingga 236 peratus. Kaji selidik tersebut mengesahkan
penemuan ini. Pengunjung laman web
Lelong dilawati hamper 100,000
pengunjung setiap hari. Didapati 84 peratus terdiri daripada mereka berusia 20
sehingga 39 tahun.
Ketika kegawatan ekonomi yang baru
lalu berlaku satu fenomena kebergantungan kepada internet untuk mencari
barangan murah. Berikut ini saya suka kongsikan sedikit fakta yang berkaitan.
Ø Telah ada peningkatan 45% - 236% pengunjung online ke kedai-kedai online. Ini termasuk kedai runcit online.
Ø
Trend
membeli barangan dan perkhidmatan dalam talian terus berkembang dengan
pesat.Terutamanya perkhidmatan dalam talian. Contohnya tempahan tiket
penerbangan.
Ø Laman web yang
mesra telefon bimbit akan
mendapat peningkatan pengunjung yang tinggi kesan daripada mobile marketing
daripada syarikat telekomunikasi. Di UK ia akan mencapai peningkatan lebih 150%
dalam setiap 18 bulan.
Ø Mark & Spencer mengalami kejatuhan 1.6
peratus dalam jualan keseluruhan. Tetapi trend belian di online untuk
jenama ini ialah peningkatan sebanyak
34% dalam tempoh 13 minggu sebelum
berakhir tahun baru.
Ø Majalah Entrepreneur.com sudah dua kali
menyenaraikan ramalan ini, "Perniagaan dan Pemasaran
di internet akan mengalami ombak besar kesan daripada situasi
semasa" yakni limpahan pengunjung.
No comments:
Post a Comment