Hari
8 Coach Journal dari 0 hingga menjadi
usahawan siber Bahagian 2 Jam 12.00
Ciri-Ciri Laman Web Yang
Menjual: Meningkatkan kepercayaan dan jualan dilaman web:
Header utuk
menarik tumpuan.
Header laman web sangat penting
untuk menarik perhatian bakal pembeli. Header anda mestilah boleh mempengaruhi
pelawat yang membaca header laman web
kita dalam 4 saat yang pertama. Minda mereka mestilah mampu mengujudkan persepsi
yang positif terhadap laman web kita yang sedang ditatap. Kaedah untuk
mendapatkan headeer yang baik sila rujuk aemula.
Gunakan Gambar
Anda.
Antara halangan utama kejayaan di ruang siber, adalah kita tidak tahu
siapa yang sedang berurusan dengan kita. Adakah mereka jujur ataupun hanya
seorang putar alam. Sudah ramai yang tertipu kerana pihak yang menjual
menggunakan nick name menyebabkan kita leka. Sehinggalah kita menjadi mangsa.
Gambar anda boleh menimbulkan keyakinan kepada bakal pembeli. Gambar sendiri
yang dipaparkan menunjukkan apa yang anda pasarkan bukanlah satu penipuan
.
Ia boleh meningkatkan Gambar kita sebenarnya boleh meningkatkan keyakinan
bakal pembeli sehingga 4 kali ganda.
Gambar orang.
Ada banyak
gambar-gambar di internet yang tidak mempunyai sekatan hak cipta. Pilihlah
gambar-gambar berimejkan keceriaan atau yang sesuai dengan cirri-ciri laman
anda. Gambar-gambar yang sesuai boleh mempunyai minda bawah sedar pengunjung
dan mengubah mereka dari sekadar pengunjung kepada pembeli.
Ada dua cara
untuk mendapatkan gambar yang bersesuaian.
a) Gunakan
gambar-gambar keluarga, anda boleh dapatkan dari www.flekers.com
dapatkan gambar dikongsi secara percuma.
b) Anda
boleh melawat laman www.istopphoto.com.
Gambar-gambar dari laman ini perlu dibayar setiap gambar dikenakan charge yang
minima.
Maklumat Produk dan Perkhidmatan.
Nyatakan dengan jelas apa produk
yang anda tawarkan.
·
Apakah menafaat produk
tersebut
·
Apakah kandungan produk
tersebut
·
Apakah kelebihan produk
berbanding pesaing
·
Mengapa mereka mesti
miliki produk anda
Dalam
menawarkan produk kita mesti menekankan benefit/kelebihan produk kepala
pembaca. Dengan cara Tanya…”so what” ataupun …”jadi apa”. Apabila dapat jawapan
Tanya selanjutnya “so what”. Ini akan membantu anda mendapatkan jawapan untuk
soalan anda.
Kita
lihat contoh berikut. Sejenis perisian
pendidikan pelajar pra sekolah:
§
Produknya
adalah perisian “Early Childhood Education”
§
Perisian
ini khusus untuk mengajar bayi untuk membaca
§
Kelebihan
perisian ini adalah, ia mampu mengajar anak berumur seawall 3 bulan membaca.
§
Mengapa
mesti memiliki perisian ini, persaingan peluang dan tekanan persekitaran
memerlukan anak-anak mahir membaca dalam usia yang seawall mungkin.
Kita hanya mempunyai 10 % kemungkinan
untuk mempengaruhi mereka untuk
membuat keputusan untuk membeli
produk kita berdasarkan fakta, manakala 90 % dari keputusan pula dipengaruhi
oleh faktor emosi dalam membuat keputusan pembelian.
Senaraikan menafaat
Sebagaimana
yang kita tahu laman web jenis “minisite” adalah memanjang ke bawah oleh itu
selain dari maklumat dan fakta berkaitan produk yang jual, laman ini juga
mestilah dilengkapkan dengan rekaletak laman web yang boleh mempengaruhi emosi
mereka. Oleh itu laman anda mesti menyatakan sekurang-kurangnya tiga faedah dan
kelebihan produk.
Testimoni
pelanggan
Testimony pengguna merupakan salah satu cara penting untuk membina
keyakinan pembeli. Testimonial hendaklah bersahaja dan jangan terlalu memuji
kerana testimonial yang penuh dengn pujian yang melangit akan menimbulkan rasa
jelik pembaca. Semakin banyak testimonial yang anda sertakan, maka semakin baik
untuk laman anda.
Petua mudah untuk mendapatkan testimonial adalah dengan cari memberikan
produk anda kepada rakan anda dan rakamkan komen serta maklum balas mereka. Jka
dapat disertakan gambar mereka untuk dipaparkan dilaman anda itu adalah lebih
baik kerana ia boleh member kesan positif kepada respon pembaca lebih 4 kali ganda.
Kongsi cerita / kesah
anda
Kongsikan cerita mengapa anda menjual produk tersebut. Apa
matlamat anda sebenarnya. Apa yang anda ingin berikan kepada
pelanggan-pelanggan anda.
No comments:
Post a Comment