Apabila bangun
dari tidur pula, sebelum lakukan apa-apa, ingatkan diri anda, matlamat anda
untuk Berjaya. Kegagalan bukanlah satu pilihan. Jangan lupa berdoa dan bermohon
dengan ALLAH. Selalu ulang-ulang lafaz doa anda, setiap matlamat yang anda
ingin capai dengan jelas.
INGAT!!!, kita
boleh punyai ilmu, teknologi dan alat yang canggih, tertapi semua itu jiada
gunanya jika “MINDSET” kita berkarat!,rosak atau corak pemikiran kita penuh
dengan elemen-elemen yang negative. Oleh itu setkan minda kita dan seterusnya
belajar bertenang kerana semakin tenang kita, maka minda kita akan berfungsi
dengan lebih baik.
Kemudian pejam
mata anda dan tarik nafas dalam-dalam secara perlahan-lahan dalam kiraan lima.
Lapangkan fikiran anda dan kosongkan minda. Tumpukan hanya kepada nafas yang
sedang anda tarik dan hela. Ulang berkali-kali. Setiap kali anda lepaskan
nafas, bayangkan diri anda menghumban keluar segala elemen-elemen negative:
“rasa tak boleh”, “takut”, dan segala “kalau”, “kalau”, dan “kalau”, yang
bersarang didalam diri anda.
Ulang teknik
berkenaan 5-10 minit setiap pagi. Beberapa kali sehari terutama pada peringkat
awalnya. Sehinggalah diri anda boleh merasa tenang dn relix. Akhir sekali jaga
kesihatan anda. Pastikan anda sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera.
Jangan lupa, seperti yang dijanjikan mulai 1/1/13 saya
telah mulakan perkongsian ilmu dari “0”
hingga menjadi Usahawan Siber. Setiap hari akan ada 3 terbitan.
Terbitan jam 7.00 dan 12.00 adalah perkongsian ilmu dari “0”
hingga menjadi Usahawan Siber.
Terbitan jam 17.00 atau 5.00 adalah merupakan perkongsian
ilmu umum mengenai perniagaan siber.
No comments:
Post a Comment