PETUA UNTUK SENANG SEBAGAI USAHAWAN SIBER


Salam Sejahtera dan selamat datang ke laman blog http://perniagaansiber.blogspot.com izinkan saya menjadi COACH anda dalam perjalanan anda menjadi USAHAWAN SIBER.

SEDIKIT MENGENAI SAYA
Saya merupakan seorang Pensyarah Kanan di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
Saya mempunyai lebih 26 tahun pengalaman Kerja termasuk 10 tahun menjadi Pensyarah. Kini berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan di University Tunku Abdul Rahman (UTAR)
Skop kepakaran saya lebih menjurus kepada Usahawan Siber/ Usahawan Internet.
Perkhidmatan COACHING saya tawarkan bertujuan untuk mengembangkan hasil dari kerja-kerja penyelidikan dalam Perniagaan Siber yang saya telah lakukan.
Saya akan kongsikan lubuk-lubuk rahsia di internet dan teknik serta strategi untuk menjalankan perniagaan di ruang siber. Untuk Berjaya anda hanya perlukan LUCK + HARD WORK + RIGHT ATTITUDE = SUCCESSFUL USAWAN SIBER.

Anda tentukan sendiri apa yang anda mahu. Untuk meledakkan potensi anda, saya juga menawarkan perkhidmatan RESET MINDA USAHAWAN DAN LEDAKKAN POTENSI DIRI.

Wednesday, 2 January 2013

Pendapatan Perniagaan Internet Umpama Ombak Lautan.


Pendapatan Perniagaan Internet Umpama Ombak Lautan.

Mari kita lihat analogi berikut. Anda sedang berdiri di tepi pantai, melihat kearah lautan luas.. Melihat gelombang ombak-ombak yang saling memukul pantai dan sesudah itu beransur pergi. Kemudian ombak tersebut datang kembali dan pergi semula. Begitulah seterusnya jika anda ingin menakong ombak yang datang maka anda perlulah berusaha untuk menadah ombak tersebut.

Anda berdiri menghadap lautan luas itu umpama peluang yang sedang menanti anda. Anda tidak nampak tertapi peluang itu ada dihadapan anda. Ombak yang datang silih berganti memukul pantai itu merupakan  prospek yang datang silih berganti berkunjung ke laman anda. Menakong ombak tersebut umpamakan seperti terpulang kepada anda bagaimana untuk menggalakkan pelanggan yang detang ke laman anda agar membuat pembelian. Disini fungsi pengiklanan dan promosi memainkan peranan.

Secara umumnya dalam sehari setiap kita terdedah kepada 2000 iklan. Tidak kira samaada iklan di akhbar, dalam bentuk poste-poster atau billboard di tepi-tepi lebuhraya. Kini zaman sudah berubah. Era ketika kita bergantung kepada akhbar untuk menyiarkan iklan sudah berlalu. Kini penggunaan leaflet sudah tidak berfungsi.

 
Kaedah  pemasaran sekarang perlu lebih dinamik. Citarasa pelanggan kini juga sudah jauh berubah. Kaedah untuk memasarkan barangan juga perlu berubah. Kini kita berhadapan dengan kelompok bakal pelanggan yang lebih bijak. Oleh itu salah satu cara untuk mempengaruhi mereka adalah dengan cara wiral marketing.

 Satu dari social wiral marketing dalam bentuk word of mouth yang kerap digunakan adalah   http://www.socialnomics.com.  

Socialnomics ditubuhkan oleh Erik Qualman dengan berfungsi untuk menarik seramai mungkin pengunjung ke portal tersebut. Portal tersebut berfungsi untuk berkongsi cerita pendek. Data statistik, hasil kajian dan banyak lagi bertujuan untuk menarik perhatian dan membolehkan pengunjung datang ke portal ini secara berulang.


Kursus usahawan siber yang bernilai RM $$$$$$ dalam ertikata nilai ILMU dan KEPAKARAN akan diberikan kepada anda dengan kadar yang sangat minima dan termurah di pasaran. Jika diikutkan kami ingin memberikan kursus percuma kepada anda. Tertapi kerana kos penyewaan ruang untuk mengendalikan kursus dan kos makan minum serta bahan-bahan kursus menyebabkan kami terpaksa mengenakan sedikit bayaran untuk mengendalikan kursus. Sebagai balasan, kami akan pulangkan kepada anda dalam bentuk pemberian-pemberian bernilai RM 500 dan coaching sehingga anda mampu membuat RM1,000.00 pertama anda.  Anda boleh dapatkan maklumat lanjut serta panduan untuk mendaftar di www.perniagaansiber.com.my/products. Anda akan didedahkan dengan 9 dimensi perniagaan siber serta panduan untuk memasarkan produk anda dengan menggunakan saluran promosi yang berbeza.
 

Jangan lupa, seperti yang dijanjikan mulai 1/1/13 iaitu hari inilah saya akan mulakan perkongsian ilmu dari “0” hingga menjadi Usahawan Siber. Setiap hari akan ada 3 terbitan.

 

Terbitan jam 7.00 dan 12.00 adalah perkongsian ilmu dari “0” hingga menjadi Usahawan Siber.

Terbitan jam 17.00 atau 5.00 adalah merupakan perkongsian ilmu umum mengenai perniagaan siber.

No comments:

Post a Comment