Setelah
kita menyenaraikan “5S” dan ”5O”, barulah kita boleh kenalpasti halaman kita
hendak tuju, kemudian barulah kita boleh susun strategi untuk menukar idea itu
menjadi peluang perniagaan. Kesimpulannya kita kenalpasti samaada hendak jual
produk fizikal, produk digital ataupun perkhidmatan.
Saya yakin
jika kita lakukan sesuatu yang kita benar-benar minat, kita boleh cipta
perkhidmatan untuk dikongsi dengan orang lain. Umpamanya: jika kita minat
memasak, kita boleh tukar minat kepada produk.
Contoh produk
fizikal – anda boleh buat “Cupcake” dan jual di Internet dan jual dalam talian
untuk komuniti sekitar anda ataupun warga maya yang berminat untuk membeli
produk anda. Kita ambil kek lapis Sarawak sebagai contoh bagaimana ia
dipasarkan hingga ke peringkat antarabangsa.
Contoh
produk digital. Anda berminat dengan “cup cake”, anda boleh menghasilkan ebook
panduan menghasilkan “cup cake”, resepi dan membuat buku panduan memasak.
Contoh produk fizikal – anda boleh jual buku sebagai ajen penerbit bebas dan menikmati magin keuntungan sehingga 40 % dari harga buku. Pasarkan di Fb, Blog atau mana-mana saluran promosi yang percuma. Bila ada pembeli, mereka akan membayar anda. Kemudian anda buat pembayaran kepada penerbit bebas berkenaan dan minta mereka kirimkan buku tersebut kepada pembeli anda seolah anda yang kirimkan buku tersebut. Konsep ini dikenali sebagai “Dropship” kerana anda tidak perlu simpan apa-apa stok pun.
Contoh
produk digital – kerana anda minat membaca, anda pasti juga minat menulis. Apa yang
anda boleh tawarkan adalah hasilkan
ebuku panduan cara untuk menulis buku, atau panduan cara untuk menerbitkan buku
atau cara untuk memasarkan buku. Selain itu anda juga boleh tawarkan orang
ramai untuk menjadi ajen-ajen anda dan memasarkan kepada khalayak mereka. Anda boleh
tawarkan margin keuntungan antara 15 – 20%. Walaupun keuntungan anda untuk
setiap buku yang dijual merosot sebanyak 50 %, tertapi kuantiti buku yang
terjual mungkin melebihi 10 atau 100 kali ganda.
Contoh perkhidmatan
yang anda boleh tawarkan, adalah anjurkan kursus menulis novel. Dan untuk
menarik perhatian peserta, anda boleh tawarkan untuk membeli manuskrib yang
peserta kursus anda akan hasilkan untuk diterbitkan. Jika anda tiada kemahiran
untuk mengisi kandungan kursus sehari tersebut, jangan risau. Anda hanya
mengendalikan kursus dan jemputlah guru-guru sastera di sekolah menengah atau
jemputlah penulis-penulis yang berpengalaman untuk berkongsi ilmu. Berapa yang
anda boleh hasilkan. Dari satu kursus;
Contoh 100
peserta x RM 150 = anda akan dapat RM 15,000
Sewa dewan
untuk kursus RM 1,500
Bayaran
penceramah RM 3,000
Kos-kos
luar jangka RM 4,000
Jumlah kos
= RM 1,500 + RM 3,000 + RM 4000 = 8,500
Jumlah
keuntungan bersih anda adalah RM 15,000 – RM 8500 = RM 6,500
Jika sebulan
anda kendalikan satu kursus pendapatan anda Rm 6,500 jika 10 kali kursus dalam
setahun boleh menghasilkan Rm 65,000. Ini belum lagi kira margin dari
keuntungan jika anda beli dan terbitkan manuskrib peserta-peserta kursus anda.
Kursus usahawan siber
yang bernilai RM $$$$$$ dalam ertikata nilai ILMU dan KEPAKARAN akan diberikan
kepada anda dengan kadar yang sangat minima dan termurah di pasaran. Jika
diikutkan kami ingin memberikan kursus percuma kepada anda. Tertapi kerana kos
penyewaan ruang untuk mengendalikan kursus dan kos makan minum serta
bahan-bahan kursus menyebabkan kami terpaksa mengenakan sedikit bayaran untuk
mengendalikan kursus. Sebagai balasan, kami akan pulangkan kepada anda dalam
bentuk pemberian-pemberian bernilai RM 500 dan coaching sehingga anda mampu
membuat RM1,000.00 pertama anda. Anda
boleh dapatkan maklumat lanjut serta panduan untuk mendaftar di www.perniagaansiber.com.my/products. Anda akan didedahkan dengan 9 dimensi
perniagaan siber serta panduan untuk memasarkan produk anda dengan menggunakan
saluran promosi yang berbeza.
Jangan lupa, seperti yang dijanjikan mulai 1/1/13 saya
telah mulakan perkongsian ilmu dari “0”
hingga menjadi Usahawan Siber. Setiap hari akan ada 3 terbitan.
Terbitan jam 7.00 dan 12.00 adalah perkongsian ilmu dari “0”
hingga menjadi Usahawan Siber.
Terbitan jam 17.00 atau 5.00 adalah merupakan perkongsian
ilmu umum mengenai perniagaan siber.
No comments:
Post a Comment