PETUA UNTUK SENANG SEBAGAI USAHAWAN SIBER


Salam Sejahtera dan selamat datang ke laman blog http://perniagaansiber.blogspot.com izinkan saya menjadi COACH anda dalam perjalanan anda menjadi USAHAWAN SIBER.

SEDIKIT MENGENAI SAYA
Saya merupakan seorang Pensyarah Kanan di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
Saya mempunyai lebih 26 tahun pengalaman Kerja termasuk 10 tahun menjadi Pensyarah. Kini berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan di University Tunku Abdul Rahman (UTAR)
Skop kepakaran saya lebih menjurus kepada Usahawan Siber/ Usahawan Internet.
Perkhidmatan COACHING saya tawarkan bertujuan untuk mengembangkan hasil dari kerja-kerja penyelidikan dalam Perniagaan Siber yang saya telah lakukan.
Saya akan kongsikan lubuk-lubuk rahsia di internet dan teknik serta strategi untuk menjalankan perniagaan di ruang siber. Untuk Berjaya anda hanya perlukan LUCK + HARD WORK + RIGHT ATTITUDE = SUCCESSFUL USAWAN SIBER.

Anda tentukan sendiri apa yang anda mahu. Untuk meledakkan potensi anda, saya juga menawarkan perkhidmatan RESET MINDA USAHAWAN DAN LEDAKKAN POTENSI DIRI.

Thursday 20 December 2012

Pantang Larang Usahawan Siber.


Pantang Larang Usahawan Siber.

Ingat!!!

·        Perniagaan Siber bukannya skim jualan langsung dan ia tiada kena mengena dengan skim jualan langsung yang menggunakan internet.

·        Perniagaan Siber juga bukannya skim cepat kaya. Ia merupakan satu bentuk perniagaan yang memberikan kejayaan  jika anda berusaha dengan teknik yang betul supaya hasil yang kita akan terima akhir nanti berbaloi.

·        Perniagaan  Siber  merupakan  satu  perniagaan biasa sepertimana perniagaan lain yang sedia ada. Bezanya  perniagaan ini menggunakan kuasa internet sepenuhnya untuk mendapatkan lebih ramai pelanggan dan menghasilkan perniagaan.

·        Perniagaan  Siber tidak menjanjikan kekayaan tertapi ia menjanjikan peluang. Jika tidak mencuba, pasti  tidak akan berjaya tetapi jika anda mencuba, ada kemungkinan untuk anda Berjaya. Ini telah terbukti  kerana ramai yang telah berjaya kerana berusaha. Oleh itu mengapa tidak anda juga menceburinya.

·        Perniagaan  Siber tidak memerlukan modal yang besar untuk memulakannya tertapi ia menjanjikan pulangan dari modal  (ROI) lebih besar Anda boleh lakukan apa yang diistilahkan sebagai “Reenter the market”. Maksudnya jika anda gagal dalam  usaha anda kali pertama, anda boleh  memulakan semula perniagaan  tanpa halangan modal kerana ia tidak memerlukan modal yang besar.

·        Dalam Perniagaan Siber, kejayaan tidak datang bergolek. Anda perlu terus mempelajari pelbagai teknik promosi yang berinovasi dari mereka-mereka yang telah lebih dahulu menjadi usahawan siber . Belajar dari mereka. Untuk Berjaya sebagai usahawan internet, anda perlu banyak bertanya dan mambaca. Tingkatkan  penyertaan anda dengan mempelajari teknik-teknik promosi yang dinamik di ruang siber.

·        Jika anda sangsi dan takut untuk memulakan langkah pertama untuk menceburi perniagan internet maka lupakan Perniagaan Siber ini. Ia tidak sesuai untuk anda. Anda tunggu sahaja dan lihat orang lain menikmati hasil dari usaha halal mereka.

Kajian yang dijalankan ke atas www.lelong.com.my menunjukkan di Malaysia telah berlaku peningkatan pengguna ke laman web peniaga dari 45 peratus sehingga 236 peratus. Kaji selidik tersebut mengesahkan penemuan ini.  Pengunjung laman web Lelong dilawati hamper  100,000 pengunjung setiap hari. Didapati 84 peratus terdiri daripada mereka berusia 20 sehingga 39 tahun.

Ketika kegawatan ekonomi yang baru lalu berlaku satu fenomena kebergantungan kepada internet untuk mencari barangan murah. Berikut ini saya suka kongsikan sedikit fakta yang berkaitan.

Ø  Telah ada peningkatan 45% - 236% pengunjung online ke kedai-kedai online. Ini termasuk kedai runcit online.


Ø  Trend membeli barangan dan perkhidmatan dalam talian terus berkembang dengan pesat.Terutamanya perkhidmatan dalam talian. Contohnya tempahan tiket penerbangan.

Ø  Laman web yang mesra telefon bimbit akan mendapat peningkatan pengunjung yang tinggi kesan daripada mobile marketing daripada syarikat telekomunikasi. Di UK ia akan mencapai peningkatan lebih 150% dalam setiap 18 bulan.
 
Ø  Mark & Spencer mengalami kejatuhan 1.6 peratus dalam jualan keseluruhan. Tetapi trend belian di online untuk jenama ini ialah peningkatan sebanyak 34% dalam tempoh 13 minggu sebelum berakhir tahun baru.

Ø  Majalah Entrepreneur.com sudah dua kali menyenaraikan ramalan ini, "Perniagaan dan Pemasaran di internet akan  mengalami ombak besar kesan daripada situasi semasa" yakni limpahan pengunjung.

Kepada rakan rakan semua yang membaca tulisan ini, minta kerjasama untuk like facebook dengan link di bawah. War-warkan laman ini kepada rakan-rakan lain supaya lebih ramai lagi dapat menafaat Cyberbiz_Training_Consultancy

No comments:

Post a Comment