PETUA UNTUK SENANG SEBAGAI USAHAWAN SIBER


Salam Sejahtera dan selamat datang ke laman blog http://perniagaansiber.blogspot.com izinkan saya menjadi COACH anda dalam perjalanan anda menjadi USAHAWAN SIBER.

SEDIKIT MENGENAI SAYA
Saya merupakan seorang Pensyarah Kanan di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
Saya mempunyai lebih 26 tahun pengalaman Kerja termasuk 10 tahun menjadi Pensyarah. Kini berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan di University Tunku Abdul Rahman (UTAR)
Skop kepakaran saya lebih menjurus kepada Usahawan Siber/ Usahawan Internet.
Perkhidmatan COACHING saya tawarkan bertujuan untuk mengembangkan hasil dari kerja-kerja penyelidikan dalam Perniagaan Siber yang saya telah lakukan.
Saya akan kongsikan lubuk-lubuk rahsia di internet dan teknik serta strategi untuk menjalankan perniagaan di ruang siber. Untuk Berjaya anda hanya perlukan LUCK + HARD WORK + RIGHT ATTITUDE = SUCCESSFUL USAWAN SIBER.

Anda tentukan sendiri apa yang anda mahu. Untuk meledakkan potensi anda, saya juga menawarkan perkhidmatan RESET MINDA USAHAWAN DAN LEDAKKAN POTENSI DIRI.

Monday, 31 December 2012

JOURNAL TIGAPULUH HARI: DARI 0 – USAHAWAN SIBER Siaran 31/12/2012 07.30


JOURNAL TIGAPULUH HARI: DARI 0 – USAHAWAN SIBER Siaran 31/12/2012 07.00

Kita bertemu lagi. Dalam siri coaching dari “0” hingga Usahawan Siber. Perjalanan kita dalam membincangkan perkara ini hanya akan bermula secara resminya pada besok hari 01/01/2013. Tandakan kalender anda. Insyaallah tulisan ini akan disiarkan secara bersiri selama 30 hari kecuali Sabtu dan Ahad.

Saya terpaksa berhempas pulas, menepis segala aktiviti-aktiviti lain yang sama penting yang tidak putus-putus menghujani saya, untuk mencari sedikit ruang untuk membuat pengisian untuk slot ini.

INGAT!!!!, Bukan senang Untuk Senang. Kita boleh memberi 1001 alasan untuk tidak memulakan langkah pertama menuju puncak Everest. Tertapi percayalah mereka yang telah melakukannya 10 langkah, 100 langkah, 1000 langkah atau 1,000,000 langkah menuju puncak Everest, masing-masing akan datang dengan kesah dan pengalaman yang berbeza.
 

Begitulah juga langkah pertama untuk menjadi usahawan siber. Kita boleh memberi 1001 alasan untuk tidak memulakannya, tertapi mereka-mereka yang telah menceburinya, pasti akan datang dengan kesah yang berbeza. Biarpun pahit mahupun manis. Biarpun kesah kejayaan mahupun kesah kegagalan. (kegagalan dalam erti kata belum berjumpa dengan kejayaan).
 

Fikirkan apayang anda mahukan dalam hidup. Seseorang yang bergaji RM 1,000, akan mula bermimpi untuk memiliki gaji RM 2,000. Bila sudah memiliki gaji RM 2,000, mereka akan mula memasang angan-angan untuk memiliki gaji RM 3,000 dan seterusnya….seterusnya dan seterusnya hingga infiniti.
 

Itulah hakikat kita sebagai manusia. Sentiasa tidak cukup dengan apa yang diperolehi. Oleh itu perlulah kita menyediakan paying sebelum hujan. Jadikan aktiviti usahawan siber sebagai aktiviti sambilan (sekurang-kurangnya untuk peringkat awal).  Bahagian berikut tulisan ini akan diterbitkan di blog ini pada jam 12.30. pastikan anda tidak ketinggalan untuk mengikutinya.

Kepada rakan rakan semua yang membaca tulisan ini, minta kerjasama untuk like facebook dengan link di bawah. War-warkan laman ini kepada rakan-rakan lain supaya lebih ramai lagi dapat menafaat Cyberbiz_Training_Consultancy

Kursus usahawan siber yang bernilai RM $$$$$ dalam ertikata nilai ILMU dan KEPAKARAN akan diberikan kepada anda dengan kadar yang sangat minima dan termurah di pasaran. Anda boleh dapatkan maklumat lanjut serta panduan untuk mendaftar di www.perniagaansiber.com.my/products. Anda akan didedahkan dengan 9 dimensi perniagaan siber serta panduan untuk memasarkan produk anda dengan menggunakan saluran promosi yang berbeza.

No comments:

Post a Comment