PETUA UNTUK SENANG SEBAGAI USAHAWAN SIBER


Salam Sejahtera dan selamat datang ke laman blog http://perniagaansiber.blogspot.com izinkan saya menjadi COACH anda dalam perjalanan anda menjadi USAHAWAN SIBER.

SEDIKIT MENGENAI SAYA
Saya merupakan seorang Pensyarah Kanan di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
Saya mempunyai lebih 26 tahun pengalaman Kerja termasuk 10 tahun menjadi Pensyarah. Kini berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan di University Tunku Abdul Rahman (UTAR)
Skop kepakaran saya lebih menjurus kepada Usahawan Siber/ Usahawan Internet.
Perkhidmatan COACHING saya tawarkan bertujuan untuk mengembangkan hasil dari kerja-kerja penyelidikan dalam Perniagaan Siber yang saya telah lakukan.
Saya akan kongsikan lubuk-lubuk rahsia di internet dan teknik serta strategi untuk menjalankan perniagaan di ruang siber. Untuk Berjaya anda hanya perlukan LUCK + HARD WORK + RIGHT ATTITUDE = SUCCESSFUL USAWAN SIBER.

Anda tentukan sendiri apa yang anda mahu. Untuk meledakkan potensi anda, saya juga menawarkan perkhidmatan RESET MINDA USAHAWAN DAN LEDAKKAN POTENSI DIRI.

Tuesday 18 December 2012

ANDA INGIN MEMULAKAN PERNIAGAAN SIBER.


 

Pasti sedang bermain dalam kepala  para pembaca sekelian,    Mudah  ke untuk menjadi usaha usahawan . Dari hari ke sehari semakin ramai orang cuba menceburi bidang perniagaan.

 

Bila ditanya mengapa ingin menjadi usahawan, jawapan yang biasa didengar adalah  kerjaya sebagai usahawan menjanjikan kemewahan dan pendapatan yang tidak terhad. Tidak kurang yang berkara, sebagai usahawan kita boleh capai apa jua yang kita impikan.

 

Seorang pakar perniagaan internet bernama Corral Ruddel menyatakan untuk Berjaya dalam perniagaan internet, perlu ikuti empat petua mudah:

 

1.   Beri tumpuan kepada pasaran NIECE. Zoom in produk atau perkhidmatan  secara specific. Pilih produk  yang anda selesa , tahu dan suka secara khusus. (Anda akan didedahkan dengan teknik “long tail” untuk mengenal pasti produk).

2.   Bangunkan laman web yang menjual. Gunakan “sale letter” yang menarik dan menggamit pengunjung. Menafaatkan kuasa tiga serangkai (Laman web + Blog + Rangkaian social face book).

 

3.   Program promosi- pelbagai cara promosi yang murah dan kreatif boleh difikirkan supaya dapat memenuhi objektif untuk membawa pelawat berkunjung ke laman web anda.

 

4.     Adakan program afeliate untuk memasarkan produk atau perkhidmatan anda secara meluas.

 

Semua usahawan yang berjaya, pasti ada sejarah jatuh bangun yang panjang sebelum  mereka dapat mencapai semua impian dan bergelar usahawan berjaya. Kita perlu kekuatan mental dan spiritual  bila menceburi bidang PERNIAGAAN SIBER.

 

Umpamakan dihadapan kita terbentang sungai yang lebar dan diseberang sana terbentang taman yang indah. Untuk sampai ke taman tersebut kita perlu berhadapan dengan rintangan dan berusaha untuk menyeberang suangai sebelum kita boleh menikmati segala yang terdapat di dalam taman tersebut. Kita pecahkan ruyung dahulu supaya kita dapat mengambil sagunya.

 

 

 

 

 

 

 

No comments:

Post a Comment