PETUA UNTUK SENANG SEBAGAI USAHAWAN SIBER


Salam Sejahtera dan selamat datang ke laman blog http://perniagaansiber.blogspot.com izinkan saya menjadi COACH anda dalam perjalanan anda menjadi USAHAWAN SIBER.

SEDIKIT MENGENAI SAYA
Saya merupakan seorang Pensyarah Kanan di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
Saya mempunyai lebih 26 tahun pengalaman Kerja termasuk 10 tahun menjadi Pensyarah. Kini berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan di University Tunku Abdul Rahman (UTAR)
Skop kepakaran saya lebih menjurus kepada Usahawan Siber/ Usahawan Internet.
Perkhidmatan COACHING saya tawarkan bertujuan untuk mengembangkan hasil dari kerja-kerja penyelidikan dalam Perniagaan Siber yang saya telah lakukan.
Saya akan kongsikan lubuk-lubuk rahsia di internet dan teknik serta strategi untuk menjalankan perniagaan di ruang siber. Untuk Berjaya anda hanya perlukan LUCK + HARD WORK + RIGHT ATTITUDE = SUCCESSFUL USAWAN SIBER.

Anda tentukan sendiri apa yang anda mahu. Untuk meledakkan potensi anda, saya juga menawarkan perkhidmatan RESET MINDA USAHAWAN DAN LEDAKKAN POTENSI DIRI.

Friday, 21 December 2012

Maklumat Produk dan Perkhidmatan.


Maklumat Produk dan Perkhidmatan.
Nyatakan dengan jelas apa produk yang anda tawarkan.
·        Apakah menafaat produk tersebut
·        Apakah kandungan produk tersebut
·        Apakah kelebihan produk berbanding pesaing
·        Mengapa mereka mesti miliki produk anda

Dalam menawarkan produk kita mesti menekankan benefit/kelebihan produk kepada pembaca.

Senaraikan Menafaat Produk

Sebagaimana yang kita tahu laman web jenis “minisite” adalah memanjang ke bawah oleh itu selain dari maklumat dan fakta berkaitan produk yang jual, laman ini juga mestilah dilengkapkan dengan rekaletak laman web yang boleh mempengaruhi emosi mereka. Oleh itu laman anda mesti menyatakan sekurang-kurangnya tiga faedah dan kelebihan produk.

 
Testimoni Pelanggan

Testimony pengguna merupakan salah satu cara penting untuk membina keyakinan pembeli. Testimonial hendaklah bersahaja dan jangan terlalu memuji kerana testimonial yang penuh dengn pujian yang melangit akan menimbulkan rasa jelik pembaca. Semakin banyak testimonial yang anda sertakan, maka semakin baik untuk laman anda.

Kongsi Cerita / Kisah Anda

Kongsikan cerita mengapa anda menjual produk tersebut. Apa matlamat anda sebenarnya. Apa yang anda ingin berikan kepada pelanggan-pelanggan anda.
Pemberian Percuma

Senaraikan apa yang anda ingin tawarkan kepada pembeli anda. Tawarkan juga ebook percuma yang anda dapatkan dari laman web percuma contohnya dari www.perniagaansiber.com
Panggilan Aksi

Berikan penekanan … beli sekarang….kenapa………. Contohnya:

BELI SEKARAANG SEBELUM ANDA GIGIT JARI KERANA  

TAWARAN ISTIMEWA INI TIDAK AKAN BERULANG.

Ciptakan Desakan Akhir

Beli sekarang sebab tawaran produk berakhir ………….Contohnya:
BELI SEKARANG KERANA TAWARAN AKAN BERAKHIR TEPAT
JAM 12.00 MALAM INI.

Jaminan Tambahan
Jaminan pulangan wang dalam masa dua minggu. Untuk sesiapa yang membeli dan ingin pulangan wang boleh lakukan dalam masa 14 hari dari tarikh pembelian.

Kepada rakan rakan semua yang membaca tulisan ini, minta kerjasama untuk like facebook dengan link di bawah. War-warkan laman ini kepada rakan-rakan lain supaya lebih ramai lagi dapat menafaat Cyberbiz_Training_Consultancy
Selain itu kunjungi juga laman web
http://www.perniagaansiber.com.my/products ada sesuatu yang menarik sedang menunggu anda.

No comments:

Post a Comment