PETUA UNTUK SENANG SEBAGAI USAHAWAN SIBER


Salam Sejahtera dan selamat datang ke laman blog http://perniagaansiber.blogspot.com izinkan saya menjadi COACH anda dalam perjalanan anda menjadi USAHAWAN SIBER.

SEDIKIT MENGENAI SAYA
Saya merupakan seorang Pensyarah Kanan di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
Saya mempunyai lebih 26 tahun pengalaman Kerja termasuk 10 tahun menjadi Pensyarah. Kini berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan di University Tunku Abdul Rahman (UTAR)
Skop kepakaran saya lebih menjurus kepada Usahawan Siber/ Usahawan Internet.
Perkhidmatan COACHING saya tawarkan bertujuan untuk mengembangkan hasil dari kerja-kerja penyelidikan dalam Perniagaan Siber yang saya telah lakukan.
Saya akan kongsikan lubuk-lubuk rahsia di internet dan teknik serta strategi untuk menjalankan perniagaan di ruang siber. Untuk Berjaya anda hanya perlukan LUCK + HARD WORK + RIGHT ATTITUDE = SUCCESSFUL USAWAN SIBER.

Anda tentukan sendiri apa yang anda mahu. Untuk meledakkan potensi anda, saya juga menawarkan perkhidmatan RESET MINDA USAHAWAN DAN LEDAKKAN POTENSI DIRI.

Saturday, 29 December 2012

1.1 Jenis-Jenis Perniagaan Siber


1.1 Jenis-Jenis Perniagaan Siber.

Ada pelbagai jenis dan bentuk perniagaan yang ujud dalam pasaran. Ada bentuk jualan langsung , koperasi, perniagaan pasar malam pelbagai bentuk perniagaan lagi. Setiap satunya menjanjikan cabaran dan hasil yang berbeza. Ada kala kita berjaya ada kala kita gagal. Ada jenis perniagaan memerlukan modal permulaan yang kecil ada pula yang besar. Jika kita gagal dalam perniagaan yang memerlukan modal yang kecil tidak mengapa kerana itu adalah lumrah dan rencah yang menentukan daya tahan kita untuk bangkit. Sebaliknya jika kita gagal dan kita menggunakan modal yang besar, tidakkah terduduk kita dibuatnya

Saya menekankan kegagalan dalam siri pertama saya ini tidak lain sebagai mukadimah agar kita sentiasa beringat dan jangan gairah membuta dan kita dapat diam sejenak dan menilai diri kita dan  persedian yang kita ada sebelum manjadi usahawan.

Anda yang sedang membaca rencana ini mungkin dikalangan mereka yang sedang membuat persediaan untuk bersara. Ada juga yang sedang erkira-kira untuk menjadi usahawan dan sedang mencari bidang perniagaan yang dirasakan sesuai dengan diri. Baik!, Soalnya, anda mahu jadi usahawan jenis bagaimana. Jika tidak pasti tidak mengapa. Sila baca rencana ini sepenuhnya.

 Melalui ruangan ini penulis ingin membawa anda-anda semua untuk mengenali perniagaan siber juga dikenali sebagai perniagaan dalam talian. Banyak sudah diperkatakan mengenai peluang-peluang dan potensi perniagan siber. Sebagai peringatan ketika ini banyak jenis perniagaan jualan langsung dan skim cepat kaya yang berselindung disebalik topeng perniagaan siber. Jika anda didatangi rakan yang menawarkan peluang sebegini. Berhenti!, tarik nafas dan nilai dahulu sebelum menceburinya.
Melalui ruangan ini penulis akan berkongsi dengan para pembaca sekelian tip-tip serta pelbagai panduan bagaimana untuk kemulakan perniagaan dalam talian. Kami tidak mahu mempengaruhi anda dengan menunjukkan apa bentuk perniagaan yang anda boleh ceburi. Kami berperanan untuk berkongsi ilmu dan mencetuskan minat dalam diri anda bagaimana untuk menjadi usahawan siber dan potensi sebenar usahawan siber.

Kursus usahawan siber yang bernilai RM 1200 dalam ertikata nilai ILMU dan KEPAKARAN akan diberikan kepada anda dengan kadar yang sangat minima dan termurah di pasaran. Anda boleh dapatkan maklumat lanjut serta panduan untuk mendaftar di www.perniagaansiber.com.my/products. Anda akan didedahkan dengan 9 dimensi perniagaan siber serta panduan untuk memasarkan produk anda dengan menggunakan saluran promosi yang berbeza.

No comments:

Post a Comment