PETUA UNTUK SENANG SEBAGAI USAHAWAN SIBER


Salam Sejahtera dan selamat datang ke laman blog http://perniagaansiber.blogspot.com izinkan saya menjadi COACH anda dalam perjalanan anda menjadi USAHAWAN SIBER.

SEDIKIT MENGENAI SAYA
Saya merupakan seorang Pensyarah Kanan di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
Saya mempunyai lebih 26 tahun pengalaman Kerja termasuk 10 tahun menjadi Pensyarah. Kini berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan di University Tunku Abdul Rahman (UTAR)
Skop kepakaran saya lebih menjurus kepada Usahawan Siber/ Usahawan Internet.
Perkhidmatan COACHING saya tawarkan bertujuan untuk mengembangkan hasil dari kerja-kerja penyelidikan dalam Perniagaan Siber yang saya telah lakukan.
Saya akan kongsikan lubuk-lubuk rahsia di internet dan teknik serta strategi untuk menjalankan perniagaan di ruang siber. Untuk Berjaya anda hanya perlukan LUCK + HARD WORK + RIGHT ATTITUDE = SUCCESSFUL USAWAN SIBER.

Anda tentukan sendiri apa yang anda mahu. Untuk meledakkan potensi anda, saya juga menawarkan perkhidmatan RESET MINDA USAHAWAN DAN LEDAKKAN POTENSI DIRI.

Monday, 31 December 2012

JOURNAL TIGAPULUH HARI: DARI 0 – USAHAWAN SIBER Siaran 31/12/2012 12.00

JOURNAL TIGAPULUH HARI: DARI 0 – USAHAWAN SIBER Siaran 31/12/2012 12.00


Ini merupakan sambungan dari tulisan sebelah pagi tadi. Jika mahu boleh saja anda gunakan perniagaan siber sebagai aktiviti utama anda. Tiada sesiapa yang menghalang. Ramai usahawan yang sudah menjadi usahawan siber dan menikmati pendapatan antara 4 hingga 5 angka setiap bulan.

Untuk yang masih ragu-ragu untuk melibatkan diri sebagai usahawan siber, jadikan aktiviti perniagaan siber sebagai suatu kerjaya dan dalam waktu yang sama jadikan ia sebagai suatu aktiviti riadah siber untuk mengasah bakat berniaga di ruang siber.

Ingat belum tentu langit akan selalu cerah, tiada siapa berani membuat jaminan bahawa kerjaya dan jawatan yang disandang akan kekal disandang sehingga bersara. Fikirkan, apa yang anda akan lakukan jika anda tiba-tiba kehilangan segala-galanya. Nama baik anda, kerjaya yang anda bina. Reputasi dan kemahsyuran yang telah anda bina. Hilang tiba-tiba kerana krisis kewangan Negara (Putarannya dalam setiap 8-15 tahun). Apa yang tinggal pada anda hanyalah sedikit ilmu dalam pengurusan atau apa sahaja yang berkaitan dengan kemahiran yang telah kita bina.

Apa tindakan anda bila melihat bil-bil yang bertapuk di atas meja. Pembekal serta pemiutang berterusan menekan anda dan mendesak anda agar segera membayar hutang yang tertunggak.

Anda TERPAKSA membuat keputusan dalam keadaan tersepit. Dalam keadaan tertekan anda membuat keputusan untuk menceburi bidang perniagaan. Tapi INGAT!!!!! Anda kini tiada apa-apa. Lupakan gaya hidup lampau anda. Tunduk kan diri dan bermuahasabahlah. Anda kini hanyalah seorang USAHAWAN SIBER baru (Newbie). Di ruang siber usahawan siber dikenali sebagai “Newbie”. Istilah ini digunapakai secara meluas dikalangan usahawan siber. Tiada rekod menunjukkan siapa yang memperkenalkan istilah ini atau sejak bila istilah ini digunakan.
 

Apapun yang penting sekarang anda perlu set minda. Anda sudah bersedia. Ayuh!!!, kita teruskan perjalanan ikuti panduan dari hari pertama (1) ke hari tigapuluh (30): dari “0” ke Usahawan Siber. Sekian dan jumpa lagi di hari pertama Journal dari “0” – Usahawan Siber.

Kepada rakan rakan semua yang membaca tulisan ini, minta kerjasama untuk like facebook dengan link di bawah. War-warkan laman ini kepada rakan-rakan lain supaya lebih ramai lagi dapat menafaat Cyberbiz_Training_Consultancy

Kursus usahawan siber yang bernilai RM $$$$$ dalam ertikata nilai ILMU dan KEPAKARAN akan diberikan kepada anda dengan kadar yang sangat minima dan termurah di pasaran. Anda boleh dapatkan maklumat lanjut serta panduan untuk mendaftar di www.perniagaansiber.com.my/products. Anda akan didedahkan dengan 9 dimensi perniagaan siber serta panduan untuk memasarkan produk anda dengan menggunakan saluran promosi yang berbeza.

 

No comments:

Post a Comment