PETUA UNTUK SENANG SEBAGAI USAHAWAN SIBER


Salam Sejahtera dan selamat datang ke laman blog http://perniagaansiber.blogspot.com izinkan saya menjadi COACH anda dalam perjalanan anda menjadi USAHAWAN SIBER.

SEDIKIT MENGENAI SAYA
Saya merupakan seorang Pensyarah Kanan di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
Saya mempunyai lebih 26 tahun pengalaman Kerja termasuk 10 tahun menjadi Pensyarah. Kini berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan di University Tunku Abdul Rahman (UTAR)
Skop kepakaran saya lebih menjurus kepada Usahawan Siber/ Usahawan Internet.
Perkhidmatan COACHING saya tawarkan bertujuan untuk mengembangkan hasil dari kerja-kerja penyelidikan dalam Perniagaan Siber yang saya telah lakukan.
Saya akan kongsikan lubuk-lubuk rahsia di internet dan teknik serta strategi untuk menjalankan perniagaan di ruang siber. Untuk Berjaya anda hanya perlukan LUCK + HARD WORK + RIGHT ATTITUDE = SUCCESSFUL USAWAN SIBER.

Anda tentukan sendiri apa yang anda mahu. Untuk meledakkan potensi anda, saya juga menawarkan perkhidmatan RESET MINDA USAHAWAN DAN LEDAKKAN POTENSI DIRI.

Monday, 18 March 2013

Tips Rahsia Menulis Sales Letter



Tips Rahsia Menulis Sales Letter

 Berikut adalah beberapa tips menulis sales letter yang mujarab

 Banyak informasi – tulis seberapa banyak informasi agar prospek mendapat segala informasi yang diperlukan sebelum membeli produk anda. Tanpa informasi penting, sales letter anda akan gagal.

 Tulisan terang dan jelas – jangan gunakan tulisan yang terlalu kecil atau terlalu besar. Gunakan saiz tulisan di antara 10 – 12 untuk perenggan. Headline gunakan format H1 atau saiz besar yang dirasakan sesuai.

 Bahasa yang mudah – jangan gunakan dialek kelantan, kedah, sabah, atau pun bahasa-bahasa yang tidak difahami oleh negeri lain. Gunakan bahasa baku yang mudah dan penerangan yang jelas.

 Gunakan imej / ikon / gambar – gunakan imej atau ikon atau gambar untuk menerangkan sesuatu agar lebih mudah difahami. “A picture is worth a thousand words”. Itulah kehebatan grafik atau foto. Jadi gunakan alat bantu ini untuk menerangkan sesuatu di dalam sales letter anda.

 Jangan gunakan tulisan warna-warni – tulisan warna-warni boleh mengganggu pembacaan. Jangan gunakan terlalu banyak warna. Ia akan menjadikan sales letter anda seperti hasil rekaan kanak-kanak tadika. Jika anda menggunakan subtitle warna merah, gunakannya untuk setiap subtitle yang seterusnya. Ingat, “consistency is always the key to user-friendliness”. Itulah yang saya belajar tentang pembangunan laman web dan perisian

 Optimisasikan saiz imej dan grafik – menggunakan terlalu banyak imej dalam sales letter akan membuatkan laman web anda terpapar dengan perlahan. Jangan gunakan format bitmap kerana ia bersaiz besar. Optimisasikan setiap imej kepada format jpeg atau gif kerana ia dicipta khas untuk pemaparan grafik web. Optimisasikan saiz imej atau grafik kepada 100kb dan kebawah. Laman web yang mempunyai “load time” yang melebihi 10 saat akan mengurangkan pelawat.

Kepada rakan rakan semua yang membaca tulisan ini, minta kerjasama untuk like facebook dengan link di bawah. War-warkan laman ini kepada rakan-rakan lain supaya lebih ramai lagi dapat menafaat Cyberbiz_Training_Consultancy

Selain itu kunjungi juga laman web http://www.perniagaansiber.com.my/products ada sesuatu yang menarik sedang menunggu anda.

No comments:

Post a Comment