CIRI-CIRI
PRODUK YANG BAIK UNTUK DI JUAL DALAM PERNIAGAAN SIBER
Ø
Produk yang ingin dijual, perlulah ringan supaya tidak berhadapan
dengan kos penghantaran yang tinggi.
Ø
Tidak mudah pecah- pembungkusan dan penghantaran untuk
barangan yang dipesan, akan melibatkan pihak-pihak lain dalam pengendalian oleh
itu jika tidak berhati-hati, besar kemungkinan produk yang dihantar akan pecah
atau rosak.
Ø
Tahan lama- Barangan yang mudah rosak akan melibatkan
kos penghantaran yang tinggi kerana ajen penghantaran perlu mengejar masa dan
memberi perhatian khusus untuk penghantaran produk.
Ø
Margin keuntungan yang tinggi- untuk mendapatkan keuntungan yang lebih
tinggi, produk yang dijual perlulah ditawarkan dalam bentuk bundle: contohnya 3
dalam satu, atau beli 3 dapat 1 percuma. Jika 1 produk memberikan anda
keuntungan RM 5.00 maka 3 produk yang di bundle boleh memberi anda keuntungan
RM 15.00. strategi untuk menunjukkan produk anda agar kelihatan lebih menarik,
anda tawarkan 1 produk percuma. Kelihatannya anda rugi kerana menawarkan produk
tambahan percuma. Sebenarnya tidak. Strategi anda sebenarnya telah mempengaruhi
emosi pengunjung tersebut untuk membuat pembelian.
Ø
Belian yang Berulang – Ada beberapa strategi untuk menghasilkan belian yang
berulang. Kejujuran, kepantasan dan menunai janji dalam jual beli kemungkinan
besar akan menghasilkan pembelian yang berulang. Antara jenis produk yang laris
dan mempunyai pasaran yang luas dalam talian ialah maklumat jenis e-book. Ebook
yang baik pasti akan menghasilkan belian yang berulang.
No comments:
Post a Comment