PETUA UNTUK SENANG SEBAGAI USAHAWAN SIBER


Salam Sejahtera dan selamat datang ke laman blog http://perniagaansiber.blogspot.com izinkan saya menjadi COACH anda dalam perjalanan anda menjadi USAHAWAN SIBER.

SEDIKIT MENGENAI SAYA
Saya merupakan seorang Pensyarah Kanan di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
Saya mempunyai lebih 26 tahun pengalaman Kerja termasuk 10 tahun menjadi Pensyarah. Kini berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan di University Tunku Abdul Rahman (UTAR)
Skop kepakaran saya lebih menjurus kepada Usahawan Siber/ Usahawan Internet.
Perkhidmatan COACHING saya tawarkan bertujuan untuk mengembangkan hasil dari kerja-kerja penyelidikan dalam Perniagaan Siber yang saya telah lakukan.
Saya akan kongsikan lubuk-lubuk rahsia di internet dan teknik serta strategi untuk menjalankan perniagaan di ruang siber. Untuk Berjaya anda hanya perlukan LUCK + HARD WORK + RIGHT ATTITUDE = SUCCESSFUL USAWAN SIBER.

Anda tentukan sendiri apa yang anda mahu. Untuk meledakkan potensi anda, saya juga menawarkan perkhidmatan RESET MINDA USAHAWAN DAN LEDAKKAN POTENSI DIRI.

Monday 18 March 2013

Perniagaan Internet Umpama Ombak Lautan.


Perniagaan Internet Umpama Ombak Lautan.

Secara umumnya dalam sehari setiap kita terdedah kepada 2000 iklan. Tidak kira samaada iklan di akhbar, dalam bentuk poste-poster atau billboard di tepi-tepi lebuhraya. Kaedah  pemasaran sekarang perlu lebih dinamik. Citarasa pelanggan kini juga sudah jauh berubah.

Analogi Peperangan Dalam Perniagaan Siber.

Andaikan  jika anda berperang secara satu lawan satu, agak-agak anda, siapa yang akan menang. Mungkin anda akan menang dan mungkin juga lawan anda akan menang atau mungkin juga kedua-dua anda akan kalah.

Tetapi jika anda mempunyai ramai askar dan berlawan dengan musuh. Peluang untuk anda Berjaya adalah lebih cerah kerana anda dibantu oleh tentera yang ramai.


Analogi di atas boleh dibawakan dalam perniagaan. Anda merupakan ketua di dalam perniagaan dan anda dibantu oleh ramai tentera yang terdiri dari. Pelbagai applikasi yang boleh memberikan impak yang maksima dalam perniagaan internet.

Kelebihan Menjalankan Perniagaan  Siber.

Ø Modal permulaan yang kecil jika dibandingkan dengan  perniagaan konvensional yang lain.

Ø Pelanggan yang tidak terhad. Setiap pengguna internet berpotensi untuk  menjadi pelanggan anda

Ø Tidak perlukan ruangan pejabat yang khusus. Anda boleh jalankan perniagaan walau dari kamar tidur.

Ø Kemudahan internet dan automasi sepenuhnya. Anda tidak akan kehilangan pelanggan kerana setiap pelanggan akan diuruskan dengan sistem automasi sepenuhnya.

Ø Promosi produk adalah menyeluruh dan murah berbanding dengan cara perniagaan yang lain
Menurut Seorang Jutawan Internet  yang juga mentor saya- saudara Irfan Khairi “Perniagaan dalam talian atau  perniagaan internet masih boleh dikatakan baru di Malaysia. Masih terlalu banyak yang boleh diteroka”.

Untuk rujukan Saudara Irfan merupakan pelopor perniagaan dalam talian di Malaysia dan beliau juga telah Berjaya meraih pendapatan RM 1,000,000 pertama beliau dalam usia 25 tahun.


Pengguna internet di Malaysia dianggarkan seramai 17 juta dan 40% daripada mereka adalah berusia 30 tahun ke atas dan mereka dalam ketegori ini mempunyai kuasa membeli. Sebahagian dari mereka juga bergantung sepenuhnya computer dan internet dalam melaksanakan tugas-tugas seharian mereka.

No comments:

Post a Comment