PETUA UNTUK SENANG SEBAGAI USAHAWAN SIBER


Salam Sejahtera dan selamat datang ke laman blog http://perniagaansiber.blogspot.com izinkan saya menjadi COACH anda dalam perjalanan anda menjadi USAHAWAN SIBER.

SEDIKIT MENGENAI SAYA
Saya merupakan seorang Pensyarah Kanan di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
Saya mempunyai lebih 26 tahun pengalaman Kerja termasuk 10 tahun menjadi Pensyarah. Kini berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan di University Tunku Abdul Rahman (UTAR)
Skop kepakaran saya lebih menjurus kepada Usahawan Siber/ Usahawan Internet.
Perkhidmatan COACHING saya tawarkan bertujuan untuk mengembangkan hasil dari kerja-kerja penyelidikan dalam Perniagaan Siber yang saya telah lakukan.
Saya akan kongsikan lubuk-lubuk rahsia di internet dan teknik serta strategi untuk menjalankan perniagaan di ruang siber. Untuk Berjaya anda hanya perlukan LUCK + HARD WORK + RIGHT ATTITUDE = SUCCESSFUL USAWAN SIBER.

Anda tentukan sendiri apa yang anda mahu. Untuk meledakkan potensi anda, saya juga menawarkan perkhidmatan RESET MINDA USAHAWAN DAN LEDAKKAN POTENSI DIRI.

Wednesday, 13 March 2013

CIRI-CIRI PRODUK YANG BAIK UNTUK DI JUAL DALAM PERNIAGAAN SIBER


CIRI-CIRI PRODUK YANG BAIK UNTUK DI JUAL DALAM PERNIAGAAN SIBER

Ø Produk yang ingin dijual, perlulah ringan supaya tidak berhadapan dengan kos penghantaran yang tinggi.

Ø Tidak mudah pecah- pembungkusan dan penghantaran untuk barangan yang dipesan, akan melibatkan pihak-pihak lain dalam pengendalian oleh itu jika tidak berhati-hati, besar kemungkinan produk yang dihantar akan pecah atau rosak.

Ø Tahan lama- Barangan yang mudah rosak akan melibatkan kos penghantaran yang tinggi kerana ajen penghantaran perlu mengejar masa dan memberi perhatian khusus untuk penghantaran produk.

Ø Margin keuntungan yang tinggi- untuk mendapatkan keuntungan yang lebih tinggi, produk yang dijual perlulah ditawarkan dalam bentuk bundle: contohnya 3 dalam satu, atau beli 3 dapat 1 percuma. Jika 1 produk memberikan anda keuntungan RM 5.00 maka 3 produk yang di bundle boleh memberi anda keuntungan RM 15.00. strategi untuk menunjukkan produk anda agar kelihatan lebih menarik, anda tawarkan 1 produk percuma. Kelihatannya anda rugi kerana menawarkan produk tambahan percuma. Sebenarnya tidak. Strategi anda sebenarnya telah mempengaruhi emosi pengunjung tersebut untuk membuat pembelian.

Ø Belian yang Berulang – Ada beberapa strategi untuk menghasilkan belian yang berulang. Kejujuran, kepantasan dan menunai janji dalam jual beli kemungkinan besar akan menghasilkan pembelian yang berulang. Antara jenis produk yang laris dan mempunyai pasaran yang luas dalam talian ialah maklumat jenis e-book. Ebook yang baik pasti akan menghasilkan belian yang berulang.


Kepada rakan rakan semua yang membaca tulisan ini, minta kerjasama untuk like facebook dengan link di bawah. War-warkan laman ini kepada rakan-rakan lain supaya lebih ramai lagi dapat menafaat Cyberbiz_Training_Consultancy


No comments:

Post a Comment