PROMOSI
DALAM PERNIAGAAN SIBER
Promosi merupakan
elamen yang penting dalam perniagaan di ruang siber. Kejayaan dan kegagalah
sesuatu usaha yang dijalankan sangat bergantung dengan aktiviti promosi. I
merupakan satu rencah yang penting untuk menentukan kejayaan atau kegagalan
dalam perniagaan di ruang siber.
Tidak cukup sekadar
mempunyai produk yang bagus atau perkhidmatan yang menarik, jika anda tidak
mempromosikannya dengan menggunakan teknik dan strategi yang betul.
Kajian menunjukkan
lebih dari 90 % perniagaan yang dijalankan di internet berakhir dengan
kegagalan. Ini tidak bermakna mereka gagal sepenuhnya. Ramai juga yang melihat
semula strategi mereka dan masuk semula ke pasaran dan akhirnya dapat menjana
pendapatan ratusan ribu ringgit.
Satu contoh yang
nyata adalah Saudara Irfan Khairi,
usahawan internet yang tersohor. Tahun pertama
penglibatan sebagai usawan siber berakhir dengan kegagalan. Pendapatan
kosong. Beliau telah mengkaji semula strategi promosi beliau dan kini beliau
merupakan usahawan siber tersohor di malaysia.
Kita kita ingin
menjadi usahawan siber yang Berjaya, sangat penting untuk kita mamberitahu
seramai mungkin pengguna internet akan
kewujudan perniagaan kita di ruang siber.
Soalnya bagaimana
kita hendak membawa para pengguna internet
ke laman perniagaan kita. Satu dari caranya adalah menggunakan alamat
domain yang kita daftarkan perniagaan
kita.
Apabila mereka
menaip alamat domain tersebut, berulah mereka akan dibawa ke laman web yang
memaparkan produk atau perkhidmatan kita. Contohnya kita taip http://www.perniagaansiber.com.my dan kita akan di
bawa ke laman berikut.
Kepada rakan rakan semua yang membaca tulisan
ini, minta kerjasama untuk like facebook dengan link di bawah. War-warkan laman
ini kepada rakan-rakan lain supaya lebih ramai lagi dapat menafaat Cyberbiz_Training_Consultancy
Selain itu kunjungi juga laman web
No comments:
Post a Comment